Assalamualaikum =)
Selamat pagi semua.
Dalam group whatsapp instagram SWAP REVIEW saya, dah dua tiga orang screenshot akaun diorang bahawasanya diorang dah dapat BR1M. Ada yang nampak gambar jelas RM300, ada yang takde tulis amount pun. Ehh kat Facebook pun ada jugak!
Haa sesiapa yang ada mohon tu, cuba cek manalah tau dah masuk.
Sekadar info untuk korang yang belum tau lagi ye. Ada yang dapat sejak 12hb lagi.
Cepat pegi cek! Boleh buat belanja barang dapur.
Saya jangan ditanya dapat ke tidak. >.<
Menyibuk je lebih ni =P
Sekian.
:::SeNyUmAn MaNiS:::
Tips-Petua-Agama-Informasi-Sembang Kosong
Wednesday, January 14, 2015
BR1M 2015 Part 1
Thursday, January 8, 2015
Grr....Edisi geram dengan Server Provider
Assalamualaikum
Dalam geram-geram pun jangan lupa bagi salam..hehe
PAGE NOT FOUND????
3 hari saya try nak log in website, nak update stok bagai tapi tak boleh bukak langsung link tu.
Stresss betul.
Rasa memang nak telan je provider tu...wuwuwuwuwu
Nak tukar provider rugi pulak sebab baru renew bulan lepas. Sedihnya...
Nak nangis bawah bantal dulu..

Tuesday, January 6, 2015
Resepi : Ubi Kentang Goreng Ala Kampung
Assalamualaikum =)
Petang ni dengan sedikit kerajinan yang berbaki, saya buat menu makan petang.
Bukan senang tau nak rajin. heee...
Sambil tu nak bagi anak makan, sejak dah pandai jalan ni susah sangat nak makan.
Macam-macam menu dah buat, makan sikit-sikit je semua.
Tapi jadilah sekurang-kurangnya nak jugak gegurl saya sorang ni makan.
Resepi ni sesuai untuk anak yang berumur setahun ke atas ye.
Saya bagitau awal-awal sebab ada mommies yang sangat straight bab makanan anak-anak.
Saya ni takdelah straight sangat bab makan, cumanya sejak anak saya belajar makan semua menu makanan dia saya buat sendiri. Takde beli nestum ataupun makanan segera untuk anak. Snek pun saya buat sendiri. Tapi kalau biskut, adalah beli jugak. Biskut biasa bentuk ikan kecik-kecik tu ataupun biskut jejari. Biasa saya beli yang timbang je.
Ok, jom kita tengok resepi yang senang dan mudah. Kelip-kelip mata je dah siap.
Tempoh masa hanya 30 minit sahaja untuk siapkan resepi ini.
Tengoklah si kecik saya ni, dengan rambut yang serabai tu. Dengan gelang ntah pape tu..haha
Sibuk kacau ibu dia ambik gambar.
Ehhh haipppp!! Biasa dia ambik guna tangan kiri.
Lepas siap ambik gambar, suap dia makan selang-seli suap ayah sekali. Tengok ayah makan, baru dia nak makan. Habislah jugak sepotong kentang tu. Jadilah buat alas perut. Susah hati tengok anak taknak makan ni.
Ok, gambar ketang ni tak semua saya keluarkan. Yang saya tunjuk ni untuk saya bagi anak & ayahnya makan je.heee...7 biji kentang tu agak banyak ye. Bolehlah buat makan 3-4 orang sekali hadap.
Lagi satu, resepi ni boleh guna untuk ubi kayu jugak. Yang penting kena rebus dulu, baru rasa dia sedap.
Mudahkan? Jom cuba!

Bahan-bahan :
7 biji kentang sederhana besar
Maggi Cukup Rasa
Bawang putih 2 ulas (ditumbuk/dicincang)
Tepung beras
Cara-cara :
1. Kopek kulit kentang, potong ikut suka & rebus (jangan terlalu empuk sebab nanti hancur)
2. Bila dah siap rebus, toskan air dan tinggalkan sedikit air
3. Gaulkan dengan Maggi Cukup Rasa, letak secukup rasa. Banyak-banyak karang masin sangat pulak.
Gaul masa tengah panas, jadi serbuk perasa tu akan cair.
4.Gaul dengan bawang putih & sedikit tepung beras. Tepung beras ni letak agak-agak dia dapat salut semua kentang.
5. Goreng hingga kekuningan & siap dihidang.
Tengoklah si kecik saya ni, dengan rambut yang serabai tu. Dengan gelang ntah pape tu..haha
Sibuk kacau ibu dia ambik gambar.
Ehhh haipppp!! Biasa dia ambik guna tangan kiri.
Lepas siap ambik gambar, suap dia makan selang-seli suap ayah sekali. Tengok ayah makan, baru dia nak makan. Habislah jugak sepotong kentang tu. Jadilah buat alas perut. Susah hati tengok anak taknak makan ni.
Ok, gambar ketang ni tak semua saya keluarkan. Yang saya tunjuk ni untuk saya bagi anak & ayahnya makan je.heee...7 biji kentang tu agak banyak ye. Bolehlah buat makan 3-4 orang sekali hadap.
Lagi satu, resepi ni boleh guna untuk ubi kayu jugak. Yang penting kena rebus dulu, baru rasa dia sedap.
Mudahkan? Jom cuba!
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)