Baru-baru ni, akak aku ada bagitau tentang keropok jagung BinBin ni. Katanya salah satu bahan utamanya ialah lilin. Tak taulah sama benar atau tak. Kakak aku tau pun dari kawan-kawan dia jugaklah. Nak dijadikan cerita, salah seorang kawan kakak aku ni try la bakar keropok jagung tu. Hasilnya keropok jagung ni terbakar.
Kebetulan pulak kelmarin pegi kenduri kawin kawan aku, ada pulak keropok jagung ni dalam beg yang dia bagi. Aku pun cubalah bakar, jadilah seperti gambar kat bawah ni.
Kata ayah aku, jagung kering kalau dibakar pun boleh hidup jugak.
Tak pastilah sama ada benar atau tak keropok jagung ni dicampur dengan lilin.
Sebagai kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih makanan. Kalau kerap makan jajan, memang tak elok untuk kesihatan. Kerana makananlah macam-macam penyakit kita dapat. peaceeee ..=P
Pastikan makanan yang kita makan adalah benar-benar halal.
1 comment:
adoii..risau plk tgk sbb saya mmg suka mkn kopok ni dari bdk2 lagi..
Post a Comment