"Masuk rumah, dah nak maghrib ni. Dah bau siamang dah korang ni. Masuk, masuk!".
Lebih kurang gitulah..keke.. Ntah dialog sesape ntah aku dengar tu tapi yang aku pasti aku penah dengar ayat cenggitu. Nak dijadikan cerita, pagi tadi baca Kosmo, tetibe ada pulak tajuk berita "Siamang Gigit Dua Budak" . Hati aku terus tertarik nak tau, apakah itu Siamang? Binatang ke? ahaaiii, kesiannya aku. Duk bawah tempurung gaknya.
MELAKA - Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.
Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.
Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.
Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.
Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan.
"Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.
"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.
Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.
Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.
Ni la budaknya, kesian dia. Sabar ye dik!
laa baru kenal siamang ke?? huhuhu :) kesian budak tuu
ReplyDelete