Hari Sabtu kelmarin, aku nak pergi tengok Mission Impossible kat Today's Mall. Dalam perjalanan ke sana ternampak pulak satu kemalangan. Rasanya baru beberapa minit berlaku, ramailah orang singgah nak tengok apa yang berlaku. Disebabkan kami ni mengejar waktu nak tengok wayang, tak boleh dah nak berhenti menyibuk-nyibukkan diri.huhuh....
Berdasarkan gambar kat bawah ni, jalan dari Kota Tinggi - Johor memang belok-belok sikit. Kalau orang luar rasanya boleh keliru tengok jalan tu. Apa yang aku nampak dari seberang jalan, bumper kereta yang eksiden ni tertanggal dan tersangkut kat pagar jalan raya tu..huhu. Dari jauh nampaklah kereta yang agak besar tapi tak pasti kereta apa. Bila dah baca berita kat Kosmo tadi, baru tau Toyota Innova rupanya.
KOTA TINGGI - Empat sahabat yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan Toyota Innova yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mereka yang terkorban ialah Ng Sin Yun, 17; Tey Jia Xin, 17; Winnie Ng, 18, dan Ching Hui Sean, 18.
Sin Yun mati di tempat kejadian manakala Winnie, Jia Xin dan Hui Sean meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi di sini.
Pemandu kenderaan, Victor Ng Wee Tai, 17, iaitu adik Winnie dan seorang lagi rakan mereka, Chin Shi Xuan, 17, cedera parah. Victor dirawat di sebuah hospital swasta di sini manakala Shi Xuan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.
Sumber
2 comments:
Ohh.. Petang tu aku tengah makan dengan kawan dekat bandar nampak ambulance dengan trak bomba ke arah sana, nampak macam teruk..
Tak lama lepas tu tengok ramai orang cina dekat hospital..
*Kota Tinggi kau duduk area mana ek?
yousof : memang teruklah kalau 2 org dah mati..keke..
area rahsia =P
diana : nak wat camne, diorang tu mesti lesen P lagi..masih excited bawak kete...huhu
Post a Comment