Pages

Sunday, January 22, 2012

Apa jadi orang yang tak solat berniaga makanan?

Persoalan ni dicetuskan oleh ayahanda aku masa tengah sarapan pagi tadi.. Memang tak pernah terfikir pun hal ni tapi bila ayahanda dah persoalkan rasa risau pulak nak makan kat luar lagi pasni.

Jawapannya, kalau orang yang tak solat berniaga makanan dikhuatiri pelanggan yang makan air tangannya tu terikut-ikut dengan perangai peniaga tu.

Selain dari nak melariskan perniagaan, seorang peniaga tu tak seharusnya meninggalkan solat kerana rezeki yang halal datangnya dari Allah s.w.t. Berkah Allah, berkah lah rezeki kita.

Bukan sahaja tuan empunya kedai, pekerja-pekerjanya pun lagi-lagi yang tukang masak janganlah sesekali abaikan perintah Tuhan yang utama ni. Bayangkan sekiranya tuan empunya kedai tidak solat kemudian hasil dari air tangannya tu mengalir ke pelanggan-pelanggan yang memang cukup setia di kedainya tu.. Akhirnya pelanggan-pelanggan pun turut sama meninggalkan solat, jadi siapakah yang patut dipersalahkan??? Subhanallah.

Rasanya dalam dunia akhir zaman ni makin susah kita nak dapat keberkatan dari Allah. Mana taknya sana-sini semuanya boleh menjadi punca keruntuhan iman.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment