Pages

Wednesday, January 18, 2012

Fakta menarik tentang senyuman Manis...


Mukadimah

Apa yang menarik tentang senyuman aku ni???
Korang tau ke? muahahaha...hanya laki aku je yang tau.. =P

Actually isu "SENYUM" ni selalu dikaitkan dengan aku, dari zaman aku kecik molek sampai sekarang ni. Walaupun aku rasa aku memang suka senyum tapi masih ada orang kata susah giler nak nampak aku senyum.. aikkk???

Isu ni berterusan dan sangat dikaitkan dengan aku masa aku study dulu, sorang classmate aku yang aku panggil dia abang Nas selalu cakap, "Manis, senyumlah sikit. Susah betul nak nampak ko senyum" ... ayat tu memang selalu sangat dia tujukan kat aku.

Wait...wait!! bukan sebab dia suka kat aku eh. Tapi biasalah orang pendiam macam aku ni selalu je kena usik...kekeke..perasan!!!

Dan ayat dia yang paling femes tu aku dengar kali terakhir masa aku konvo.. seyes, korang takkanlah tak rasa hepi masa konvo tul tak? of kos lah aku senyum memanjang meleret-leret, tapi abang Nas ni tetap cakap "Manis, ko tak senyum pun atas pentas tadi? "

Agaknya senyuman macam mana yang dia nak suh aku bagi?? Sampai sekarang setiap kali tengok cermin, aku akan cuba senyum. Aku bayangkan aku jadi orang lain yang tengah tengok senyuman aku...

Wahhhh, tak sangka senyuman aku memang mahal!!!! Nampak macam senyum tapi sebenarnya lebih pada muka takde perasaan!!! kah3...

Orait stop!!! Aku just nak kongsi kat korang fakta menarik tentang senyum..


Fakta menarik tentang senyum

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


Ada sambungannya...panjang sangat nak letak semua..boleh klik SINI.. kesimpulannya sekarang, aku kena senyum ala-ala kerang busuk gitu. Bukan senyum tapi lebih pada sengih. nak tau cemane??korang pi tekan entry sambungan..

Sumber



Sekian.

4 comments:

  1. adik manis..salam perkenalan.cikasam da folow sini..thanks *sambil senyum lebau2..kekeke*

    ReplyDelete
  2. Alamak. Lepas ni kena kira brape kali senyum dalam sehari. tak cukup 100 tak boleh tidur. HAHA :D

    ReplyDelete
  3. senyum itu juga suatu sedekah .. :)

    salam kenalan ye ;)

    ReplyDelete