Pages

Wednesday, January 18, 2012

Karipap : Kelim tangan atau acuan???

Mukadimah

Ok, tajuk ni aku timbulkan sempena mendapat ilham dari satu blog student lelaki yang telah menghasilkan karipap yang cute..hehe..apa yang aku boleh kata karipap dia memang cute pasal bentuk dah ada tapi macam tak cukup sifat..ekekeke..tapi oklah tu, susah nak tengok lelaki macho buat karipap.errrr..blogger tu adalah faqihbaharudin. Korang boleh le cari karipap yang dia buat tu...sorry dik, akak bukan nak ngutuk tapi nak memuji ni..=)

yang ni guna acuan :P

Huraian

Pernah ke korang terfikir apa perbezaan karipap yang dikelim dengan tangan ataupun guna acuan jerk?
Apa kelebihannya dan apa kelemahannya?

Perbezaan yang pertama tentulah karipap yang guna acuan lebih kemas dan sekata je bentuknya tul tak? Yang kelim pulak, kalau tangan tu bedung ada harapan kelimnya secantik guna acuan..

Menurut mak dan arwah maktok aku, kalau boleh jangan guna acuan. Bila nak bagi suami makan, kenalah rajin belajar macammana nak kelim karipap tu. Kalau kelim guna tangan, tentulah orang tu lebih berseni. Barulah suami kasih. heee...Mungkin sebab kita ada usaha untuk belajar. Kalau guna acuan, kuranglah seni kut. Gitu le lebih kurangnya. Lagi satu kelemahan guna acuan ni, kadang-kadang intinya terkeluar masa menggoreng.

 yang ni kelim tangan ;)

Masa sekolah dulu sanggup aku beli tanah liat semata-mata nak try kelim karipap. Kalau guna tepung, sah-sahlah kena marah.

Tapi walau apa pun, tak kisahlah korang nak kelim tangan ataupun guna acuan yang penting intinya sedap. Memang kejap jela habis!!

Tips nak menggoreng karipap, minyak jangan terlalu panas nanti berjerawat karipap tu. Dah tak cantik, tengok gambar ehsan google kat atas tu...cantik je kan??? huhu.



Sekian.

4 comments:

  1. amboi,xpe tak canti janji sedap..hehe.apepon terima kasih sekarang dh tahu cara nk buat,tp kalau sbnarnye nk klim pkai alat dia tp kat jordan nie xder la..ekekeke

    ReplyDelete
  2. pandai tgk resepi search kat google...

    ReplyDelete
  3. sama la saya pun masa kecik suka main2 dgn tanah liat pastu belajar kelim..

    ReplyDelete