Pages

Monday, February 13, 2012

5 kekurangan lelaki yang perlu diperbaiki

Meh baca apa agaknya kekurangan tu... =D





1. Terlalu kedekut : 
Jangan terlalu berkira dengan pasangan ketika keluar berdua. Peruntukkan sedikit perbelanjaan agar perhubungan nampak lebih mesra dan bahagia.

2. Tidak gentlemen :
Istilah ini merujuk kepada lelaki yang bijaksana iaitu lelaki yang tahu menghargai seorang wanita. Ia  bukan saja merujuk kepada memberikan sejambak bunga, membukakan pintu kereta, bercakap dalam suara yang jelas & sebagainya tetapi istilah ini adalah lelaki yang mampu membuat wanita jatuh cinta. Jangan bersikap pentingkan diri kerana yang rugi adalah anda sendiri.

3. Hipokrit : 
Di depan pasangan anda memuji kecantikkannya tapi di belakangnya anda berkata sebaliknya. Sebaiknya anda jadilah diri sendiri dan berusahalah tidak menyakiti hati orang lain.

4. Perasan : 
Sesetengah lelaki berasakan diri mereka tidak layak berkawan dengan sesetengah orang. Lelaki begitu biasanya lelaki yang berwajah kacak dan mereka beranggapan hanya wanita cantik sahaja yang boleh mendampingi dirinya. Sebaiknya buang sikap ini kerana manusia itu dilahirkan sama sahaja dan apa yang membezakan ialah akhlak yang baik.

5. Sikap buaya darat :
Kebanyakkan lelaki sering mengambil peluang untuk "mengenakan" wanita dengan niat yang tidak baik. Mereka selalu menggunakan wajah dan duit untuk menawan hati wanita. Buanglah sikap buruk ini kerana apa yang anda lakukan pada hari ini mungkin akan berbalik kepada adik atau anak-anak anda suatu hari nanti. Ikhlaskan niat untuk berkawan dan jika sudah sampai jodoh, teruslah berkahwin adar tidak terjerumus dengan dosa.

Wallahualam.

Sekian.

1 comment:

  1. 5 diatas sememang nye de pd laki2..sukar skit nk ubah rsanye...hrmmm...

    ReplyDelete