Sinopsis
Atas Nama
Cinta masih lagi berpaksikan kisah cinta dan ceritanya bermula apabila
Ahmad (Roy Azman) tiba-tiba pulang ke kampung halaman membawa anaknya,
Saiful (Shah Iskandar) hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk
kampung kerana sebelum ini dia menetap di Kuala Lumpur.
Di kampung berkenaan, Saiful bertemu sebelum berkenalan dengan Cinta (Fiza Halim) yang selalu menjadi mangsa buli. Sejak itu, Saiful sering menyelamatkan Cinta daripada orang-orang yang cuba membulinya.
Dari situlah mereka menjadi rapat dan cinta mula berputik. Bagaimanapun, bagaikan tidak serik, Ahmad bertindak di luar batasan apabila mencuri wang simpanan milik ibu Cinta iaitu Zahara.
Ahmad kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan menggunakan wang terbabit bukan untuk membayar hutang sebaliknya berjudi. Nasib tidak menyebelahinya, dia bukan saja kalah malah kini turut diburu Zahara yang bertindak menjejakinya.
Akibat insiden itu, pelbagai konflik tercetus antara Saiful dan Cinta.
Apakah yang terjadi kepada bibit cinta yang baru mula berputik antara Saiful dan Cinta? Mampukah mereka mengecap cinta yang diimpikan selama ini?
Kalau tak silap dah 3 episod drama ni ditayangkan tapi aku tengok pelakonnya macam tak menarik minat aku je nak tengok..huhu
Rasanya pernah baca jugak novel Atas Nama Cinta tapi tak ingat langsung jalan ceritanya. Banyak sekarang drama tv adaptasi dari novel kan...oklah tu, naik sikit nama-nama novelis kat Malaysia ni. ;)
Upss tambah sikit, tadi kat Wanita Hari Ini ada temuramah 3 pelakon cerita ni. Si Fiza tu susah betul nak senyum..macam bagus jerk..ahakkk...
Sekian.
No comments:
Post a Comment