Thursday, February 2, 2012

Beri hutang atau buat hutang...??


Pernah berlaku pada korang? Mestilah pernah kan?
Hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN..err & macam-macam lagi. Lainlah kalau jadi anak orang kaya, semua boleh beli cash.

Dalam hal berkaitan dengan keperluan, hutang itu perlu sebab majoriti kita memang tak mampu nak bayar cash. Betul tak? Tapi sekiranya isu berkaitan hutang dikaitkan dengan hutang sesama individu sebagai contoh paling best hutang sesama kawan.

Apa tindakan korang sekiranya kawan yang membuat hutang dengan kita buat tak endah sehingga bertahun-tahun lamanya. Jenis kita ni pulak memang tak pandai nak memintak-mintak. Walaupun teringat masa kawan nak meminjam dulu, bukannya kita senang sangat tapi memikirkan keperluan kawan yang amat penting timbul rasa simpati dalam hati.

Si pemiutang pulak, apa perasaannya selama membuat hutang? Masih ingatkah dia dengan hutang-hutang lapuk? atau sebenarnya ingat tapi buat-buat lupa.

Sekiranya kita berada dalam situasi berhutang jadikan diri kita berada dalam kedua-dua keadaan iaitu memberi hutang & membuat hutang. Apa kesannya kepada diri kita? Kembong perut kalau pemberi hutang tak halalkan. Subhanallah, takutnya!!


Wallahualam.
Sekian.

2 comments:

Unknown said...

i rase prinsip kiter sebagai manusia yang tak reti utk memintak2 kembali duet kiter yang kiter beri hutang, perlu di ubah..kate2 kiasan kepade mereka, agar mereka sedar akan hutang yang perlu di bayar..

manis said...

AienNajwa:betul jugak tu tapi nak membuang rasa malu memintak-mintak tu mmg susah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...