Assalamualaikum.. =)
Ini adalah sambungan dari entry Beri hutang atau buat hutang...??

1- Pisahkan antara 'keperluan' dan 'keinginan'
Di rumah 
pastinya banyak barang-barang yang dibeli hanya kerana keinginan untuk 
memiliki bukannya satu keperluan. Justeru itu fikirkanlah untuk membeli 
sesuatu barang adakah ia benar-benar satu keperluan yg benar-benar perlu
 atau sebaliknya. Kawal nafsu jika kita tak mampu memilikinya.
2-Ubah cara berbelanja anda.
Kalau
 sebelum ini kita tidak merancang perbelanjaan. Cuba buat perancangan 
dengan membuat catatan barang apa yg perlu dibeli. Berapa bajet yang 
akan disediakan untuk hari ini dan sentiasa mematuhi catatan 
perbelanjaan anda
3-Sentiasa berhati-hati dalam mengatur perbelanjaan
Usah
 terlalu lama berada  di Pusat membeli belah atau supermarket kerana 
anda mudah tergoda dengan barangan yaang dipamirkan dan promosi yang di 
tawarkan. Jangan kerap membawa anak-anak saat berbelanja bulanan, kerana
 biasanya anak-anak suka menagih untuk membelikan itu dan ini. Pastikan 
kita memilih hanya kedai harga patut sebagai tempat untuk kita 
berbelanja kerana kita akan membuang masa untuk meninjau banyak kedai.
4-Jangan suka menunggak pembayaran.
Kalau
  sampai bil, tak kiralah..bil letrik ke? air, astro, telefon ke..? cuba
 langsaikan segera jangan sampai tertunggak kerana ianya akan menggangu 
bajet bulanan kita
5-Kad kredit ? sory... jangan cari penyakit.
Bagi
 yang mampu berbelanja tunai jangan sekali-kali menguna pakai kad kredit
 kecuali betul-betul  memerlukan itupun kalau boleh hanya satu sahaja. 
Setiap bulan bayar penuh jangan sekali-kali buat bayaran minima kerana 
anda mungkin akan diserang penyakit  'kemurungan"
6-Amalkan
 membaca Al-matsurat terutama doa yang berkaitan dengan memohon agar 
dibebaskan dari rasa lemah..keluh kesah dan hutang piutang. Amalkan doa 
ini 3x selepas solat subuh dan 3x selepas solat asar.
8-Jangan ambil nombor telefon di bawah tajuk "Pinjaman Segera" atau seangkatan dengannya yang banyak dilekatkan di merata-rata tempat.
7- Berhutang dengan kawan atau individu.
Dah pinjam kena bayar balik. Wajib bayar!!!8-Jangan ambil nombor telefon di bawah tajuk "Pinjaman Segera" atau seangkatan dengannya yang banyak dilekatkan di merata-rata tempat.
Hanya sekadar resepi. Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah masing-masing.
Wallahualam.
Sekian.
