Friday, March 30, 2012

Berkorban apa sahaja...

Pernahkah kita membuat pengorbanan?
Apakah erti pengorbanan bagi kita?
Jom baca serba sedikit tentang apa itu pengorbanan. ;)

Allah mengajar hambanya untuk melakukan pengorbanan tanpa syarat. Dan adalah menjadi adab untuk sebelah pihak lagi membalasnya. Orang yang membalas itu pun sebenarnya turut dianggap berkorban.

Empat syarat yang perlu dipenuhi sebelum melakukan pengorbanan :
  • Ikhlas
  • TIdak bercanggah dengan Islam (tidak haram)
  • Tidak sampai meninggalkan ibadat wajib
  • Dilakukan dalam keadaan sedar
Sekiranya kita mengungkit pengorbanan yang telah kita buat, pahala pengorbanan itu akan hilang. Mengungkit benda baik yang kita buat, secara automatik akan hilang semua pahala.
 




Jadi lebih baik kita diam saja. Kita buat pun dengan ikhlas jadi buat apa nak mengungkit kan.

Ermm..kadang-kadang aku pun terungkit..huhu..rugi kan, manalah tau pahala yang kita buat dulu bergunung-gunung banyaknya tiba-tiba hilang macam tu je disebabkan mulut yang takde insurans ni.

Sumber : Majalah SDK

Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...