Salam petang Jumaat..
Kat tempat aku sekarang ni tengah hujan, sejuk. Tu yang tajuk pun jadi kopi padahal kat umah serbuk kopi satu sudu pun takde. Sedap minum air panas sejuk-sejuk gini.
Sentuh pasal tajuk, rasanya korang faham kan. Benda biasa yang berlaku pada blogger. Blogger ni copy artikel blogger tu & begitulah sebaliknya. Baru-baru ni admin Busuk dah bagitau pada yang suka copy mengopy ni termasuklah aku kot..nak copy boleh tapi bagilah kredit kat blogger tu.
Tak kiralah blog tu tak famous amos pun (macam blog aku) tetap perlu bagi kredit sebabnya berkemungkinan artikel tu memang blogger tu yang taip hasil kerahan otaknya. Penat-penat fikir & taip, akhirnya di copy tapi tak sikitpun keringatnya dihargai.
Hari ni aku jumpa seorang blogger yang copy artikel aku tapi tidak beri aku kredit sama sekali (mentang-mentang blog dia dah famous amos). Aku pasti itu artikel aku sebab aku ambik dari sumber tertentu tapi tidak seratus peratus sama. Ayatnya aku ubah ikut citarasa aku, yang mana penting aku ambik. Sumber tu jugak dah berusia lebih 2 hingga 3 tahun dan bukan dari internet. So, tak mungkinlah sama pulak kan? huhuhu...
Aku sebenarnya tak kisah pun, nak copy apa pun kat blog aku yang tak seberapa ni. Asalkan bagilah kredit sikit. huhu..Aku faham, aku pun ada copy artikel orang tapi tak lupa bawah artikel tu mesti aku letak SUMBER. Aku pun bukanlah selalu mengarang jadi tak banyak artikel aku buat sendiri.kekeke. Bukan takde tapi tak banyak.
Aku jadikan blog ni sebagai buku harian aku (bukan diari), mana yang best aku letak kat sini supaya akan datang aku boleh semak balik apa yang aku dah baca kat merata-rata blog. Nak bookmark semua blog, banyak sangat. Jadi aku amik inisiatif copy dan letak kat blog aku, senang aku nak rujuk bila-bila perlu secara tak langsung aku share mana yang baik tu dengan blogger lain.
Masa awal-awal aku bukak blog ni, ada yang tanya untuk artikel tertentu, mana sumbernya?? Kemudian aku letak gambar yang tak berapa best, ada yang menghentam & aku pasti ramai jugak blogger pernah kena macam ni. Ada blogger yang suka cari salah & cari pasal dengan blogger lain. Kadang-kadang aku rasa kecewa sangat. Tapi lebih ramai yang menyokong antara satu sama lain. Jadi atas apa yang pernah berlaku, aku belajar dari kesilapan.
Harap tak berkecil hati dengan luahan aku ni. Semoga menjadi peringatan & pengajaran buat semua. =D
Sharing is caring.
Sekian luahan hati aku yang sangat panjang.