Untuk mendapatkan kulit yang licin gebu dan berseri, boleh cuba petua ini.
Parut sebiji timun dan masukkan secawan susu tepung.
Campurkan dengan segelas air suam dan didihkan di atas api perlahan hingga ia pekat dan sebati.
Masukkan ke dalam petik sejuk.
Ia juga boleh disimpan selama seminggu.
Gunakan pati mentimun sebagai pembersih biasa iaitu dengan menggunakan kapas.
Biarkan kering dan cuci muka sehingga bersih.
Amalkan petua ini 3 kali seminggu dan insyaAllah selepas sebulan anda akan dapat lihat hasilnya. Kulit wajah lebih licin, lembut dan berseri.
Selamat mencuba! ;)
Sekian.