Sunday, April 1, 2012

Rahsia Disebalik Mata


Mata adalah salah satu pancaindera yang sangat penting dalam kehidupan kita. Fungsinya semua orang dah tahu tapi bagaimana kita menggunakannya adalah bergantung pada diri sendiri.

Bak kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, jika hati bersih otak pun akan bersih seterusnya dapat mengawal tindakan. Jadi pandangan kita bergantung pada hati kita. Nak tengok yang baik-baik kah atau yang buruk kah.




Di bawah adalah sedikit info mengenai Jenis Mata Yang Allah s.w.t. cintai :
1. Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.
2. Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.
3. Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.
4. Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.
5. Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).
6. Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.
Wallahualam.
Sekian. 

2 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

klu pakai spek mata x terhalangkan mata tu.. :D

ainun said...

mata adalah anugerah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...