Jadi, bila dah terlalu banyak kita boleh cuba mana-mana yang sesuai dengan kita. Kalau rasa ok, boleh teruskan. =)
Kat bawah ni antara tips untuk turunkan berat badan. Ohh ye, tidak dilupakan korang HARUS klik LINK INI.
Sekian.1. Menggunakan ubatCara ni memang paling digemari kerana ianya paling mudah dan cepat. Tapi ia bukanlah cara terbaik.
2. Mengamalkan minuman atau makanan 'Premix'Seperti serbuk yang hanya perlu dibancuh dengan air dan mempunyai pelbagai perisa. Minuman ini biasanya untuk menggantikan sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Namum cara ini juga tidak digalakkan kerana anda tidak akan bertahan lama.
3. Pemakanan yang betulElakkan dari makan makanan bergoreng, berlemak dan manis
4. Membuang tabiat pemakanan negatif
- Elakkan makan terlalu lambat pada waktu malam (paling lambat 3 jam sebelum tidur)
- Jangan skip waktu makan, contohnya tidak ambil sarapan dan makan tengah hari tapi ambil makan malam yang berat kerana waktu itu anda amat lapar.
- Makan tit bits di antara waktu makan
- Jangan biasakan makan di depan televisyen atau semasa membaca kerana ini akan membuatkan anda leka dan makan banyak tanpa disedari,
- Untuk kaum ibu, jangan sesekali menghabiskan makanan anak-anak yang anda suap yang tidak dihabiskannya.
5. Minum air putih8 hingga 10 gelas sehari iaitu 1.5 liter hingga 2 liter air.
6. SenamanTidak perlu membuat senaman berat, sebaliknya mulakan senaman ringan dengan berjalan selama 1/2 jam sehari.
7. Keazaman yang tinggiPerlu tanamkan azam yang tinggi. Pastikan anda ada sasaran tertentu dan cuba mencapainya.
8. Usaha berterusanJangan terlalu ghairah untuk melihat perubahan dalam jangka masa pendek. Aturkan langkah permulaan dan mulakan perlahan-lahan. Apa yang penting, perlu melakukannya secara berterusan.