Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan manusia menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan manusia. Sesungguhnya, mata berperanan penting dalam kehidupan seharian manusia.
Oleh itu, jom kita baca beberapa tips bagi mengekalkan mata yang sihat dan menawan.
1. Gunakan penanggal mekapSetiap kali bermekap, jangan lupa menanggalkan solekan dengan penanggal mekap (make up remover) yang sesuai. Pastikan mata anda dioles lembut dengan kapas khas yang bersih dan lembut. Sekali lagi, pastikan kapas menyerap cecair atau krim penanggal sepenuhnya. Kemudian, barulah digosokkan pada mata. Jangan gosok terlalu keras, sebaliknya gosok secara lembut kerana sekita mata begitu sensitif dan mudah kendur jika selalu digosok dengan kuat
2. Gunakan krim mata yang sesuaiSebelum melelapkan mata, anda digalakkan mengoles sedikit krim mata bagi mengelakkan lingkaran hitam, garis halus dan mata yang tidak bermaya.
3. Tidur yang mencukupiTidur yang mencukupi lapan jam sehari dapat menghindarkan mata yang sembap, bengkak dan dipenuhi kantung mata (ayebag) serta lingkaran hitam di bawah mata. Dari situ pastikan waktu tidur anda mencukupi 8 jam, tidak kurang dan tidak lebih.
4. Segarkan mata dengan timunUntuk merawat mata lebam dan elak kedutan, letakkan potongan timun di atas mata.Manakala uncang teh terpakai dikenal pasti dapat membantu memberi kesegaran pada mata. Mata yang letih setelah seharian bekerja kembali segar apabila petua ini dijadikan amalam. Ambil masa untuk anda relaks dengan uncang ini selama 10 hingga 15 minit. Rasai nikmat kesegarannya selepas itu.
5. Jangan menatap komputer terlalu lamaMenatap skrin terlalu lama memberi impak negatif pada kesihatan mata. Jika mata anda memberi isyarat yang tidak menyenangkan seperti pedih dan sebagainya, eloklah berehat seketika daripada terus menghadap komputer. Sebaik-baiknya, carilah gambar pemandangan atau apa sahaja selain terus menatap komputer.
Sekian.