Tuesday, May 1, 2012

REVIEW & WIN CONTEST : Chenta Qaseh Online Hijab

Setelah berminggu-minggu sibuk dengan blogshop sendiri, hari ni aku terpanggil untuk join contest dari Chenta Qaseh. Syaratnya sangat mudah sebab tu aku join.
Lagi pulak Chenta Qaseh ni memang blogshop yang selalu aku terjah tiap kali ada update.

Ayat seterusnya akan menggunakan kata ganti nama diri "Saya" supaya nampak lebih sedap di dengar. =)


Pada pandangan saya, Chenta Qaseh menawarkan pelbagai pilihan tudung yang memenuhi syariat iaitu tudung yang labuh menutup dada selain corak dan rekaan yang cantik dan sesuai untuk majlis-majlis tertentu atau untuk dipakai seharian.

Biasanya ada sesetengah blogshop yang mention produk mereka, "tudung labuh menutup dada" tapi bila tengok gambar produk mereka tak seperti menutup dada pun. Bila dah beli, indah khabar dari rupa. Tapi saya yakin & pasti Chenta Qaseh tidak seperti indah khabar dari rupa. Lihat saja gambar-gambar tudung di bawah ni.

Ukuran dari dagu ke bawah dalam 44-45cm

Saya suka cara model Chenta Qaseh menggayakan shawl. Walaupun hanya style standard tapi style macam nilah yang perlu dipakai sebab ianya menutup sehingga ke perut. Seriously, I likeeee!!! Warna shawl ni pun sangat cantikkkkkk.


Antara tudung yang saya minati yang telah di update pada 22 July 2011. 
Tak sempat beli pun, dah sold out. =D

Ini salah satu keunikan Chenta Qaseh. Chenta Qaseh menggunakan teknik tetas sebagai penyelesaian bagi mereka yang mempunyai saiz muka lebih besar. 

Yang ni pun contoh tudung yang ada teknik tetas. ;)


Ok, gambar terakhir ni merupakan gambar pemilik Chenta Qaseh. Maaflah, ni kad raya diorang. heheh..

Saya berharap Chenta Qaseh akan mengekalkan konsep sebegini kerana saya percaya ramai wanita-wanita di luar sana yang masih tercari-cari tudung dengan rekaan saiz sebegini. Dan saya sudah semestinya. Sebelum ini hinggalah sekarang saya menjadi pelayar setia blog Chenta Qaseh, insyaAllah selepas ini akan jadi pelanggan setia Chenta Qaseh. ;)

Upss!!! Saya suka tengok model Chenta Qaseh. Wajah yang penuh dengan wajah keibuan. =)
Sebelum saya mengakhiri entry ini, saya ingin mewar-warkan kepada anda supaya membeli-belah dengan Chenta Qaseh. =D
Oh yaa tambahan info, Chenta Qaseh dah 3 kali masuk Majalah Nur tau.=D

Pada anda yang nak join contest ni boleh ke website Chenta Qaseh ataupun boleh jugak baca syarat penyertaan dalam gambar pertama di atas.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...