Petang ni dengan sedikit kerajinan yang berbaki, saya buat menu makan petang.
Bukan senang tau nak rajin. heee...
Sambil tu nak bagi anak makan, sejak dah pandai jalan ni susah sangat nak makan.
Macam-macam menu dah buat, makan sikit-sikit je semua.
Tapi jadilah sekurang-kurangnya nak jugak gegurl saya sorang ni makan.
Resepi ni sesuai untuk anak yang berumur setahun ke atas ye.
Saya bagitau awal-awal sebab ada mommies yang sangat straight bab makanan anak-anak.
Saya ni takdelah straight sangat bab makan, cumanya sejak anak saya belajar makan semua menu makanan dia saya buat sendiri. Takde beli nestum ataupun makanan segera untuk anak. Snek pun saya buat sendiri. Tapi kalau biskut, adalah beli jugak. Biskut biasa bentuk ikan kecik-kecik tu ataupun biskut jejari. Biasa saya beli yang timbang je.
Ok, jom kita tengok resepi yang senang dan mudah. Kelip-kelip mata je dah siap.
Tempoh masa hanya 30 minit sahaja untuk siapkan resepi ini.
Bahan-bahan :
7 biji kentang sederhana besar
Maggi Cukup Rasa
Bawang putih 2 ulas (ditumbuk/dicincang)
Tepung beras
Cara-cara :
1. Kopek kulit kentang, potong ikut suka & rebus (jangan terlalu empuk sebab nanti hancur)
2. Bila dah siap rebus, toskan air dan tinggalkan sedikit air
3. Gaulkan dengan Maggi Cukup Rasa, letak secukup rasa. Banyak-banyak karang masin sangat pulak.
Gaul masa tengah panas, jadi serbuk perasa tu akan cair.
4.Gaul dengan bawang putih & sedikit tepung beras. Tepung beras ni letak agak-agak dia dapat salut semua kentang.
5. Goreng hingga kekuningan & siap dihidang.
Tengoklah si kecik saya ni, dengan rambut yang serabai tu. Dengan gelang ntah pape tu..haha
Sibuk kacau ibu dia ambik gambar.
Ehhh haipppp!! Biasa dia ambik guna tangan kiri.
Lepas siap ambik gambar, suap dia makan selang-seli suap ayah sekali. Tengok ayah makan, baru dia nak makan. Habislah jugak sepotong kentang tu. Jadilah buat alas perut. Susah hati tengok anak taknak makan ni.
Ok, gambar ketang ni tak semua saya keluarkan. Yang saya tunjuk ni untuk saya bagi anak & ayahnya makan je.heee...7 biji kentang tu agak banyak ye. Bolehlah buat makan 3-4 orang sekali hadap.
Lagi satu, resepi ni boleh guna untuk ubi kayu jugak. Yang penting kena rebus dulu, baru rasa dia sedap.
Mudahkan? Jom cuba!
Sekian.
Sedap n mudah..
ReplyDelete