Alasan apa pulaklah kan??
Biasalah kalau dah beberapa ketika tak update blog(tak ingat berapa lama sudahhh), nak bagi alasan apa lagi. Paham-paham sendiri sudahlah.huhu
Seingat aku tahun lepas (padahal baru beberapa hari ditinggalkan) aku berazam nak rajin blogging tetibe terbantut pulak...aishh memang hangat-hangat taik ayam lerr kalau gitu. Eh eh eh kena ingat aku ada sebab tersendiri kenapa tak update blog walaupun aku tau takde sapa yang nak baca blog aku pun...kui3. Arghhh itu semua alasan je...
Aku tak kisah apa pun pandangan orang pada diri aku, yang penting diri kita sendiri. Sesetengah orang memang suka sangat menulis. Sesaat tak menulis rasa kepala ni macam nak pecah.
Tapi lain bagi aku, kalau ada kelapangan aku akan baca mana-mana blog atau mana-mana sumber sekalipun. Kalau teringat nak komen aku komen, kalau tak lepas baca aku tinggal cenggitu jele. Lepas tu kalau betul-betul berminat dengan artikel tu, aku copy ke blog ni. Sebab kadang-kadang aku ni pelupa tahap gaban, bila artikel tu aku nak cari lagi aku dah tak tau kat mana aku baca. Jadi aku terus copy kat blog ni dan aku kreditkan kat penulis tu. So, di masa akan datang senanglah aku nak buat rujukan.
Kesimpulannya, blog ni blog suka-suki aku nak buat apa dan paling penting ada info-info yang boleh aku buat sebagai rujukan di masa akan datang. Penah jugak aku letak gambar dan info ntah hape-hape then ada blogger tegur.. Aku tak kisah, mungkin tu kesilapan aku sebab ter 'OVER' gitu. Terima kasih pada bloggers tersebut kerana telah menasihati saya yang masih muda belia ni.
Jadi di akhir kata, maafkan salah silap aku sekiranya telah mengguris perasaan dan hati kalian. Selamat Tahun Baru 2012 ( masih belum terlambat rasanya). =)
Sekian.
1 comment:
sy pun minta maaf andai ada salah n silap...hehe
Post a Comment