Artikel ni aku jumpa masa tengah bw.
Aku post kat sini pun untuk ingatan aku jugak. Mudah-mudahan maklumat ni boleh dipanjangkan lagi. ;)
Biasanya lepas je baca Quran, aku akan tanda dengan reben kat tempat terakhir aku baca. Tapi manalah tau, kalau-kalau tercicir pulak reben untuk buat tanda tu, boleh gak guna formula kat bawah ni. =)
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Sumber