Ni menu kudapan petang tadi, cuaca mendung jerk kenalah buat apa-apa makanan.
Bolehlah hidangkan dengan teh o panas, kopi atau sebagainya. ;)
Bahan-bahan :
6 keping roti
Sardin yang sudah dimasak / baki lauk yang tak habis makan =P
3 biji telur
Garam
Cara-cara :
1. Sapu / letak sardin di seluruh permukaan sekeping roti. Lepas dah siap, tepekkan sekeping roti di atasnya dan potong kepada 4 bahagian.2. Celupkan roti tadi ke dalam telur yang telah dipukul dengan garam. Goreng sehingga kekuningan.
3. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan :
4 orang. Seorang hanya makan 3 ketul jerk. heee...
Tips :
Bagi mengelakkan roti menyerap minyak terlalu banyak, boleh campurkan sedikit tepung ke dalam telur dan pukul rata. Kalau nak kelainan lagi, lepas celup roti dalam telur boleh golekkan kat quaker oat pulak. Tapi aku tak suka sangat, cepat muak..hehehehehe.