Saturday, September 10, 2011

Nasi Goreng Serai

Sudah berapa lama tak update blog? haa...tak tau la tu.hihihi..malas kira.
agak-agak rajin tu update le kan.
Hari ni mau update resepi.....cewah2.
Rupa mungkin takde tapi sedapnya yaAllah sehingga tambah berkali-kali. :P

Menu sarapan pagi hari ni yang simple.


Bahan-bahan untuk menumis :
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai saiz kecil / 1 batang serai saiz besar
4 sudu besar serbuk lada
ikan bilis
halia


Bahan-bahan :
2 mangkuk nasi sejuk
1 keping fish cake dipotong dadu
1 biji telur
Sos tiram
Garam
Gula
Perasa ayam
Kicap manis


Cara-cara :
1. Kisar semua bahan-bahan untuk menumis. Kalau rajin, tumbuklah pakai lesung batu. =D
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik minyak.
3. Masukkan fish cake dan telur. 
4. Masukkan sos tiram, kicap manis, perasa ayam, garam dan gula ikut secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan nasi. Tak payah tunggu kering. Agak-agak dah sebati dengan nasi boleh terus angkat dan hidangkan. Sedap kalau makan bila dia agak basah-basah.


Saiz hidangan :
2 orang

Tips:
1. Kalau korang nak tambah sayur-sayuran pun boleh.
2. Ada orang tak suka guna serbuk lada merah, boleh je ganti dengan cili kering / lada boh. Kalau aku, memang semua nak ekspress. Apa yang ada, guna jerk. hee..
3. Kalau ikutkan bahan-bahan untuk menumis yang aku senaraikan tu memang agak banyak kalau nak dibandingkan dengan 2 mangkuk nasi. Siapa-siapa yang tak suka banyak sangat bahan penumis, boleh tambah nasi atau kurangkan kuantiti bawang ok. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...