Thursday, March 29, 2012

Kurang Tidur Undang Obesiti???


Jika kurang tidur kadar metabolisma badan akan menjadi lebih rendah. 
Akibatnya pergerakan seharian jadi semakin berkurangan dan tak aktif manakala pembakaran kalori berlaku dengan lebih lambat.

Seterusnya berat badan berlebihan akan menggangu ketenangan hidup seseorang wanita. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin mengurangkan berat badan tidak seharusnya mengenepikan soat diet yang seimbang dan aktiviti bersenam yang mencukupi untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Pastikan tidur mencukupi iaitu lebih dari 5 jam setiap hari disamping mengamalkan pemakanan seimbang dan aktiviti bersenam mencukupi. Menurut kajian, wanita yang tidur kurang daripada 5 jam sehari lebih mudah menghadapi masalah berat badan berlebihan. 

Ngeri tengok gambar-gambar obesiti kat google..dua ni je yang sanggup aku letak kat blog..kekeke.
Diorang ni dah teruk sangat dah ni..


Aku dapat info ni dari majalah SDK.
Mungkin ada benarnya jugak. Tapi aku ni tidur terlebih cukup tapi makin gemoks jugak..kekeke. Konpius!!!

Hari ni aku start balik aerobic lepas dah 2 minggu rehat. En.husband cuti chicken pox sejak cuti sekolah hari tu, bila dia dekat rumah asyiklah tanya bila nak aerobic ni??? Menyibuk je nak tengok. Malu nak aerobic depan dia, buruk tau!! hahaha. Tu yang cuti aerobic lama...hohoho.

Tapi bila bersenam, badan kita akan rasa segar jek. Bangun pagi lepas solat Subuh boleh terus bersenam sebab lepas tu bila badan dah segar nak buat kerja pun rasa seronok jek. Kan kan kan?? Betul kan?

Sekian.

2 comments:

adarain said...

kurang tido pun boleh undang obesiti..
mak aii, ingatkan kurus..ye lah kurang tido sebab banyak buat kerja mesti kurus...tq for da info

manis said...

Bahrain : mungkinlah kot kalau kurang tido sebab buat keje mesti kurus.. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...