Tuesday, September 13, 2011

Tips nak melariskan perniagaan mengikut syariat Islam

Sekarang ni terlalu banyak online shop yang wujud. Mungkin setiap hari muncul 1 hingga 10 orang mengusahakan perniagaan secara online. Kalau diizinkan nanti, nak jugak aku buat survey dalam sehari berapa banyak blogshop yang wujud. =D Tak salah nak meniaga, Islam juga dah memberitahu 9/10 daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Semakin hari semakin banyak persaingan. Macam-macam cara peniaga nak lariskan perniagaan tapi kena lah ikut syariat Islam (bagi yang beragama Islam).

Sebelum tu nak citelah sikit, kadang-kadang aku terpikir tentang kedai makan yang selalu dikerumuni pelanggan tak kira masa. Tempat duduk memang full sentiasa, sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu pelanggan lain siap makan untuk ambik turn makan. Macam tu sekali penangan kedai makan tu. Ada jugak aku dengar dari orang-orang tua lah. Kalau kedai atau restoran tu penuh dengan orang, maknanya empunya kedai ada mandrem la ataupun ada satu istilah lain, tak ingat pulak ape istilah tu...Yelah, mana taknya. Kalau ikotkan bukan sedap sangat pun makanannya. Atau mungkin salah satu faktor suasana kat restoran tu memang selesa, layanan pun memang tip top. Tuhan saja yang tahu. Yang penting, kita makan makanan halal.hehehe.

Kat bawah ni tips nak melariskan perniagaan mengikut syariat Islam yang aku cedok dari SINI.

1-Beristiqamah (berterusan) Dalam Melakukan Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertauba"t (hadis tarmizi)


2-Selalu Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma'thur
 
3- Beristiqamah (berterusan) dalam melakukan amalan Surah Al-Waqiah setiap malam

        sabda Rasullah "sesiapa membaca setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusuhan atau kemiskinan selama-lamanya" (diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Masud r.a)

      sabda Nabi s.a.w "barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah al-waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua"


4-Amalan Bismillahirrahmanirrahim
Membacanya 1000x selepas Solat Asar secara berterusan dengan kusyu' dan khudu' serta memahami isi maknanya


5- Boleh Meruqyahkan (Menjampi @ Terapi) Dengan  Ayat-Ayat Ruqyah Pada Bahan-Bahan Atau Produk-Produk Yang Ingin Dijual 
 Boleh google atau cari buku nya kat kedai buku.


Selamat Beramal!!!  

1 comment:

kakyon said...

info bagus..mohon copy paste ye..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...