Monday, February 13, 2012

Burung hantu petanda buruk???

Sebut sahaja burung hantu, persepsi awal seseorang pasti akan mengaitkan haiwan itu sebagai sebab utama seseorang dilanda kecelakaan mahupun peristiwa buruk.



Namun, usah khuatir, di sebalik cerita negatif ada kisah menarik mengenai burung unik ini.
Sememangnya, burung hantu sering dianggap sebagai pembawa sial. Itu menyebabkan ramai yang beranggapan haiwan itu merupakan penjelmaan hantu atau haiwan peliharaan hantu.

Di India :  Sesetengah penduduk kampung di pedalaman India menganggap burung hantu sebagai penolong dan lambang kebijaksanaan.

Di Britain : Jika seseorang bermimpi burung hantu, itu merupakan petanda rumah bakal dirompak.

Di England : jika seseorang yang terlantar sakit terlihat burung hantu bermakna dia akan menemui ajal tidak lama lagi.

Di Ireland : Ada individu yang menggunakan bulu burung hantu untuk diletakkan di bawah bantal bayi agar si kecil mudah tidur.

Di Algeria : Meletakkan mata burung hantu jenis Eagle di tangan kiri wanita yang sedang tidur akan menyebabkan wanita tersebut akan bercerita kesemua rahsianya.

Di Perancis : Menganggap jika wanita hamil mendengar suara burung hantu bermakna anak yang dikandung ialah bayi perempuan.

Di Arab : Mereka percaya kanak-kanak nakal akan insaf dengan perlakuan buruk masing-masing jika dihinggapi burung tersebut.

Di China, Jerman, Greenland : Percaya haiwan tersebut mampu memberikan kekayaan, membahagiakan keluarga, memberikan sumber inspirasi kepada keluarga yang memeliharanya.

Di Indonesia : Burung hantu lebih mengerikan kerana ia akan memakan bayi yang baru lahir.

Di Jepun : Menganggap burung hantu jenis Eagle pembawa mesej yang baik dan kemakmuran kepada keluarga.


Di Malaysia : Tak silap aku pernah dengar orang cakap kalau ada burung hantu berbunyi kat kawasan rumah kita tandanya kat kawasan tu bakal ada yang meninggal. Semua tu mengarut jek.

Sumber

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...