Monday, December 12, 2011

Hukum Solat Gerhana



Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember.

Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
Jom…kita raikannya dengan solat sunat gerhana bulan. Rasullullah S.A.W bersabda, Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia.

Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad 



Manis cakap : Terlupa pulak semalam nak post entry ni. Dah ada dalam draft. =D

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...