Cerita ni aku dapat masa dengar ceramah seorang ustaz di tv semalam.
Semua yang ustaz ni sampaikan merupakan ayat simbolik. Kalau direct, mau kena gam pulak nanti. huhu... Tapi memang menarik untuk dikongsikan... ;)
Mari mulakan...
Malam sebelum hari raya Aidilfitri, si adik mencuba baju melayu yang telah dibeli untuk dipakai pagi raya.
Try punya try, kaki seluar panjang sangat. Lalu dia pergi kepada maknya yang sedang buat kuih raya..
Adik : Mak, seluar adik ni panjang sangat. Tolong potongkan 2 inci.
Mak : Ha yelah, letak dulu. Nanti kalau mak ingat, mak potongkan.
Si adik tak yakin yang maknya ingat nak potongkan seluarnya. Mana taknya sibuk buat kuih raya walaupun esok dah raya. Lalu si adik pergi kepada kakaknya...
Adik : Kak, seluar adik ni panjang sangat. Tolong potongkan 2 inci.
Kakak : Ha yelah. Letak dulu. Nanti kalau akak ingat, akak potongkan.
Si adik pun tak yakin yang akaknya ingat nak potongkan seluarnya. Mana taknya, kakaknya sibuk pasang langsir. Lalu si adik pergi kepada ayahnya yang baru sahaja balik dari masjid...
Adik : Ayah, seluar adik ni panjang sangat. Tolong potongkan 2 inci.
Ayah : Ha yelah, meh sini ayah potongkan.
Lalu ayahnya pun potong seluar tu mengikut kehendak anaknya sebanyak 2 inci. Kemudian dijahit seluar anaknya.
Sedang semuanya lena dibuai mimpi, mak terjaga pukul 2 pagi sebab teringat yang anaknya suruh potongkan seluar. Lalu mak pun mengambil seluar anaknya dan potong 2 inci dan dijahit. Selesai, si emak meletakkan semula.
Pukul 4 pagi, si kakak terjaga pula sebab teringat adiknya menyuruh memotongkan seluar. Lalu si kakak pun memotong seluar adik 2 inci dan dijahit.
Maka lenalah semuanya sehingga pagi raya. Sedang bersiap-siap mengenakan baju untuk ke masjid si adik bersuara............
Adik : Mak, ayah, kakak, seluar adik pendek sangat.
Si emak, ayah dan kakak terus melihat si adik yang telah siap memakai baju melayu tetapi seluarnya sudah terlalu pendek pulak sehingga paras lutut.
Kesian si adik.
Moral : Lu pikirlah sendiri..ekekeke...
Sekian.
4 comments:
salam maulidur rasul...
sy pun ada juga dgr ceramah nie smlm...lucu juga bila ustaz tu cakap, "mak budak tu terjaga pukul 2 pagi, then teringat seluar anak dia"...sy terus gelak..dah dapat bayang apa akan jadi dgn seluar tu..
moral from the story...muhasabah diri^^
salam maulidurrasul..=)
herm..abah sy baru bercerite pasal niy semalam..sangat kelakar kowt..syian adek dier kan..=)
semua ptong sorg sikit.haha.sian adeknyer :)
btw,thanks yer sbb tinggalkan link :)
saya : thnx jgk sbb sudi ke blog buruk saya ni.. =D
Post a Comment