Saturday, December 24, 2011

Sedapnya makan tanpa diet



Bestnya dapat makan apa saja tanpa perlu pikir kolestrol, berat badan naik dan bla bla bla...
Hari ni dah hampir 2 minggu aku diet nasi.
Nak tahan nafsu tu bukan senang tau..kekeke
Tapi gagahkan jugak, demi untuk kesihatan badan.

Bila dah lama duduk rumah, mulalah lemak bertepek sana-sini. Sedar tak sedar, berat dah melampau.
Dah obesiti dah aku ni. Bukannya apa, aku ni rendah badan montel tak kenalah.kekeke
Tapi ada jugak orang kata, tak nampak gemuk pun..huhu..Kene buang ayat ni, tak boleh terpengaruh...kui3
Nak pulak asyik kene bebel dengan encik hubby.Tak tahan teman.

Alhamdulillah, hampir 2 minggu diet nasi ni aku kehilangan 3kg. Makin bersemangat nak teruskan diet sehingga dapat berat yang betul-betul ideal.

Geramnya tengok nasi beriani. Makan dengan kurma ayam. Sedapnyaa...slurpppp


Minggu depan ada appointment dengan agen Premium Beautiful. Wahh makin tak sabar nak dapat berat ideal..

Sebelum tu, nak share kat korang camne aku diet sampai boleh turun 3kg...kah3, 3kg pun nak kecoh

1. Sarapan tetap ambil walaupun sekeping roti. 
2. Makan tengahari tak payah ambik nasi, cukup makan lauk jek. Makan sayur banyak-banyak.
3. Kadang-kadang pukul 3ptg - 4ptg perut mula lapar balik, makanlah buah-buahan. Roti ke..
4. Makan malam perlu awal dalam pukul 6.30 tu dah kira oklah. Sama jugak tak payah ambik nasi.
5. Yang penting :
- minum susu (kalau dapat susu omega pun bagus, boleh kurangkan kolestrol)
- Minum air masak banyak-banyak
- Setiap kali makan makanan yang berminyak atau bergoreng, bilas balik dengan air perahan limau atau sunquick tanpa gula. Biasanya aku minum sunqiuck, letak dalam 2 sudu besar dalam gelas biasa, lepas tu letak air masak separuh dari gelas. dia punya rasa memang kaw-kaw la.

Senaman macam jogging ke, aku tak buat sebab kata orang kalau tak pandai nak gayakan diet tu orang yang jogging boleh bertambah gemuk. Jadi, aktiviti mengemas rumah pun dah boleh mengeluarkan peluh. Next week aku nak share pasal guna Premium Beautiful pulak..cewahhh, belum dapat dah berangan.



ok, bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...