Thursday, March 1, 2012

Akasia : Seindah Sakura (akan datang)

Waahh banyak betul drama sekarang ni adaptasi dari novel kan? Sukalah para kaki novel bila novel kesukaan dah jadi drama. =D

Slot akasia akan datang.. Seindah Sakura


video

Satu lagi drama yang diadaptasi dari novel bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Drama Seindah Sakura arahan Zul Huzaimy dan dibintangi oleh Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan pelakon lainnya menjalani pengambaran sekitar Kuantan Pahang dan Kota Paris.

Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Kalau ikut jalan cerita Novel watak Cikgu Airil ( fahrin ahmad ) pada permulaannya bersangka buruk dengan Shaqira (fasha Sandha) kerana menyangka Shaqira adalah pelajar yang bermasalah. Kemudian wujud perasaan simpati seterusnya Cikgu Airil jatuh hati dengan Shaqira. Tapi kerana fitnah mereka berpisah, Cikgu Airil bawak diri ke luar negara manakala Shaqira pulak akan melalui pelbagai dugaan sampai ke tahap dia perlu berkahwin dengan datuk Walid , bapa saudara kepada Cikgu Airil.

Adaptasi dari novel Seindah Sakura

Sinopsis

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar.


**Aku tengah tunggu novel kesukaan aku dijadikan drama. Kalau boleh biarlah jalan cerita sebijik sama. Novel Siti Rosmizah. Semuanya sekali..ada 4 novel, so empat-empat tu aku nak dijadikan drama. Wahh mesti best.


Sekian.

4 comments:

Lydia said...

dh cm cte ariana mikhail pulok dh..hi3..skg dh byk cte sinopsis dgn novel kn????

Boni JLL3 said...

wah..sekarang ni memang trend drama amik cerita daripada novel la..

manis said...

Lydia & Boni JLL3 : tau takpe..jimat masa produser filem..kekeke.

AIRA said...

dah baca novel tu...best jugak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...