Monday, January 30, 2012
Kegunaan Tasbih
Disebalik kegunaan tasbih
Ketika di akhirat tasbih yang digerakkan atau dimainkan oleh jari itu akan ditanya dan akan bercakap di akhirat sebagai saksi bahawa orang yang berzikir telah berzikir melaluinya.
Manfaatnya : “ Tasbih itu akan menjadi saksi diakhirat bagi orang yang berzikir .” Tasbih juga adalah merupakan sebagai pendorong berzikir , Imam As Suyuti Rahimahullah berkata: “ Di antara faedah memakai tasbih ialah mendorong dan membantu berzikir kepada Allah secara terus menerus di mana setiap kali seseorang itu melihat tasbih, dia akan teringat bahawa tasbih itu adalah salah satu alat berzikir, lalu dia akan terus berzikir.”
Katanya lagi : “ Alangkah baiknya tasbih dianggap sebagai salah satu sebab untuk terus-menerus berzikir kepada Allah. Dan untuk inilah sebahagian ulama menamakannya sebagai “jalan penyampai” atau “penghubung”, dan sebahagian mereka menamakannya sebagai “ pengikat hati”. Jelas kepada kita bahawa Tasbih itu boleh dijadikan sebagai pendorong dan membantu untuk terus menerus berzikir.
Tasbih yang dipakai itu juga dikatakan boleh dijadikan sebagai pengerun dan menakutkan orang-orang yang berniat jahat.
Tasbih juga boleh membantu menambah khusyu’, ini jelas apabila seseorang menghitung-hitung tasbihnya, dia ditanya: “ Adakah tuan menghitung kepada Allah?’ Dia menjawab, “ Tidak, akan tetapi aku menghitung baginya. Maknanya kebanyakkan zikir yang perlu dihitung pada umumnya adalah berdasarkan anjuran sunnah tidak dapat dihitung hanya dengan jari-jari sahaja, dan jika pun dapat menghitungnya dengan jari-jari, tentu sekali perhatian menghitung itu akan menghilangkan khusyu’.
Dengan adanya kemudahan yang sedia ada sekarang memudahkan lagi pembuatan tasbih yang digunakan untuk beribadat iaitu berzikir kepada Allah. Olahannya yang begitu teliti dan menarik menambahkan minat yang meningkat dikalangan mereka yang gemari berzikir menggunakannya sebagai riadah tangan di mana sahaja mereka berada.
Tentulah keadaan ini juga adalah merupakan membawa kepada kegiatan beramal dan beraikir yang berpanjangan disetiap waktu. Pada masa ini, tasbih pada umumnya disusun mengandungi 100 atau 33 biji berdasarkan bilangan zikir iaitu “Zikir Fatimah” yang selalu diamalkan oleh umat islam di rantau ini setiap selesainya mengerjakan solat.
Ramai para ulama, orang-orang kenamaan dan orang awam sama ada, di dalam masjid atau ditempat-tempat lain, memakai dan menjadikan tasbih sebagai riadah jari-jari di samping meningkatkan mengingati Allah untuk mendapatkan keredhaannya.
Sumber
Wallahualam.
Sekian.
Kegunaan Tasbih
2012-01-30T17:04:00+08:00
manis
Sudut Agama|Zikir|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)