Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan aku...
Err yeke?? Boleh jadi jugak...
Yang sebenarnya begini...
Aku hanya nak share tentang novel karya Fauziah Ashaari.
Memandangkan novelnya Ombak Rindu sudah difilemkan, mestilah aku agak teruja sedikit untuk membeli novel beliau yang lain. Tapi agak kecewa sebab kandungan novel ni tidak berjaya membuat aku teruja walaupun pada awalnya memang teruja nak beli.huhu...
Bab pertama je aku dah pening-pening baca disebabkan ayatnya yang terlampau sempoi. Seolah-olah menggunakan bahasa pasar penulis. Kadang-kadang sebaris ayat perlu diulang 2-3 kali, baru jelas maksudnya. Inilah novel pertama yang aku langkau-langkau bacaan dan habis dalam masa lebih 3 hari. Biasanya satu novel berjaya aku habiskan dalam masa kurang 24 jam. Huh..rasa kecewa menyelubungi diri. heeee...
Saya mohon ampun dan maaf, bukan nak mengutuk atau mengata tapi mudah-mudahan penulis dapat meningkatkan kualiti penulisan sebagaimana hangatnya sambutan filem Ombak Rindu.
Mungkin ada peminat karya beliau suka kan novel ni. Mohon maaf sekali lagi, ini hanyalah segmen luahan hatiku. =)
Sekian.
3 comments:
erkk betul ke tak best??..
biasa la mcm tu... pernah gak terkena... novel pertama best kedua best.....tapi beli yg ketiga hampa...
Cik Lia Lomi : bg saya mmg tak best! huhu
aiyang : betul tu...ada bbrapa novel sy beli mmg boleh dikategorikan kurang berkualiti.
Post a Comment