Friday, February 3, 2012

Resepi Bebas Hutang

Assalamualaikum.. =)
Ini adalah sambungan dari entry Beri hutang atau buat hutang...??




1- Pisahkan antara 'keperluan' dan 'keinginan'
Di rumah pastinya banyak barang-barang yang dibeli hanya kerana keinginan untuk memiliki bukannya satu keperluan. Justeru itu fikirkanlah untuk membeli sesuatu barang adakah ia benar-benar satu keperluan yg benar-benar perlu atau sebaliknya. Kawal nafsu jika kita tak mampu memilikinya.

2-Ubah cara berbelanja anda.
Kalau sebelum ini kita tidak merancang perbelanjaan. Cuba buat perancangan dengan membuat catatan barang apa yg perlu dibeli. Berapa bajet yang akan disediakan untuk hari ini dan sentiasa mematuhi catatan perbelanjaan anda

3-Sentiasa berhati-hati dalam mengatur perbelanjaan
Usah terlalu lama berada di Pusat membeli belah atau supermarket kerana anda mudah tergoda dengan barangan yaang dipamirkan dan promosi yang di tawarkan. Jangan kerap membawa anak-anak saat berbelanja bulanan, kerana biasanya anak-anak suka menagih untuk membelikan itu dan ini. Pastikan kita memilih hanya kedai harga patut sebagai tempat untuk kita berbelanja kerana kita akan membuang masa untuk meninjau banyak kedai.

4-Jangan suka menunggak pembayaran.
Kalau sampai bil, tak kiralah..bil letrik ke? air, astro, telefon ke..? cuba langsaikan segera jangan sampai tertunggak kerana ianya akan menggangu bajet bulanan kita

5-Kad kredit ? sory... jangan cari penyakit.
Bagi yang mampu berbelanja tunai jangan sekali-kali menguna pakai kad kredit kecuali betul-betul memerlukan itupun kalau boleh hanya satu sahaja. Setiap bulan bayar penuh jangan sekali-kali buat bayaran minima kerana anda mungkin akan diserang penyakit 'kemurungan"

6-Amalkan membaca Al-matsurat terutama doa yang berkaitan dengan memohon agar dibebaskan dari rasa lemah..keluh kesah dan hutang piutang. Amalkan doa ini 3x selepas solat subuh dan 3x selepas solat asar.

7- Berhutang dengan kawan atau individu.
Dah pinjam kena bayar balik. Wajib bayar!!!

8-Jangan ambil nombor telefon di bawah tajuk "Pinjaman Segera" atau seangkatan dengannya yang banyak dilekatkan di merata-rata tempat.

Hanya sekadar resepi. Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah masing-masing.


Wallahualam.
Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...