Alhamdulillah, hari ni genaplah umur aku tettttttt...
ohhh tak payah dirahsiakan lagi... >.<
makin muda anak mak abah ni..malunyeeee (tutup muke)
Umur makin bertambah ke makin berkurang ek? terlupa sudah...kui3
oklah, hari ni umur aku genap 27 tahun. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk bernafas sehingga waktu ini.
Aku berkongsi tarikh lahir dengan ibunda tercinta.
SELAMAT HARI LAHIR MAK! Sayang mak sangat-sangat.
Semalam malas nak update, bukan tak hargai tapi over excited.
Lagi pulak aku ni bukan blogger tegar. Memang le malas memanjang, ehhhh bukan malas. Banyak sangat idea sampai tak tertaip lagi.
Sebenarnya semalam adalah Ulangtahun Perkahwinan aku yang ke-2.
Syukur alhamdulillah, semoga perkahwinan ini bukan dilihat pada angka nya saja tapi pengisian dalam alam rumahtangga yang mudah-mudahan dirahmati Allah. InsyaAllah. Moga-moga adalah rezeki aku dapat baby tahun ni...teringin sungguh dah ni. >.<
Amin.
Ehh lupa pulak, aku ada buat giveaway kat onlineshop aku semalam & hari ni. Korang joinlah ye. Boleh KLIK SINI.
Sekian.