Ada sapa-sapa tengok rancangan Usrah TV9 oleh Ustazah Hasni tadi?
Yang tak tengok boleh baca catatan aku hari ni. =)
Wanita, perempuan, remaja perempuan sila baca ye!
1. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain.2. Muslimah wajib menutup aurat kerana ianya adalah perintah Allah. Tak salah nak berfesyen tapi mestilah mengetahui batasnya.3. Nak pakai baju berwarna-warni bukan tak boleh tapi perlu perbetulkan niat. Kalau niat pakai baju ber color meriah seperti warna yang terang-terang untuk menggoda lelaki, itu dah HARAM.4. Pakai wangi-wangian sekadar untuk mengelakkan bau badan yang tidak enak, bukan pakai sebotol sehari supaya orang lain dapat bau wangian yang kita pakai.5. Setiap umat Islam hendaklah belajar untuk mencari ilmu. Belajar menjahit juga satu ilmu kerana seorang pereka fesyen dapat membuat pakaian yang menutup aurat kaum muslimah. Secara tak langsung pereka tersebut dapat memanjangkan pahala.
Tapi bagaimana pulak dengan pereka fesyen yang mereka pakaian yang mendedahkan aurat? Contohnya banyak penjual tudung sekarang mereka fesyen tudung yang tidak memenuhi syariat. Alasannya kalau tudung tu besar, dah tak nampak cantik & sebab itu ianya direka supaya saiz tudung berada betul-betul di atas dada ataupun memang atas dada. Senang cakap tudung tu sekadar tutup rambut & leher sahaja dan membiarkan dada tidak ditutup. Belum lagi campur tudung yang jarang-jarang sampai nampak batang leher.
Jawapannya boleh fikir sendiri.
Sebenarnya kita sememangnya dah tau hukum tapi seolah-olah menutup sebelah mata semata-mata untuk melariskan perniagaan sehinggakan tak perasan kita sebenarnya sedang membahagi-bahagikan dosa.
Subhanallah. Aku sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki.
Marilah kita sama-sama perbaiki diri.
Wallahualam.
Usrah. Setiap Jumaat jam 11 pagi di TV9.
Sekian.
2 comments:
salam kak manis..
hehe.. btol tuh, tp skrg nih byk gak tudung labuh yg berfesyen.. mmg suka tgk pmpn pkai cmtu.. hehehe..
btw,sori lambat reply your last year comment, just have time to do so.. ;))
do follow u back~
thnx shafiq. =)
Ye betul tu, mmg ada mcm2 tudung skrg ni. =D
Post a Comment