Thursday, December 15, 2011

9 lawak dalam 1

LAWAK 1

SAM : Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL : Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.


LAWAK 2

SAM : Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL : Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit


LAWAK 3

SAM : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL : Sebab aku bela ikan emas. aku jumpaia mati dalam air!


LAWAK 4

SAM : Semalam aku nampak hantu!
DOL : Uih! kau terkejut tak?
SAM : Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL : Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


LAWAK 5

SAM : Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL : Gula dah habis!
SAM : Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL : Kan aku kata, sebab gula dah habislah


LAWAK 6

SAM : Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL : Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!


LAWAK  7

SAM : Aku ada AIDS? mana ada...
DOL : Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


LAWAK 8

SAM : Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL : Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.


LAWAK 9

SAM : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL : Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI




Sumber

2 comments:

Ainie Apple said...

kikiki...super lawak lah...
nak rasa marah pun xjadi :)

manis said...

hehe..boleh release tension baca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...