Thursday, March 8, 2012

Bagaimana menjalinkan hubungan yang menyeronokkan



Sekali, dua atau tiga kali seminggu?
Berapa kerapkah korang dan pasangan memadu kasih dalam masa seminggu? (sila jangan jawab terang-terangan)
Jika hanya sekali atau tiada langsung itu beerti korang mempunyai masalah besar yang harus ditangani segera. Seks merupakan penyambung kasih sayang antara pasangan suami isteri. Jangan ambil ringan okeh sebab ianya mampu menjadi racun yang merosakkan kebahagiaan rumahtangga korang.

Hari ni aku nak kongsi tips untuk menjalinkan hubungan kita sebagai suami isteri agar ianya kembali menyeronokkan seperti zaman bercinta sebelum kahwin ataupun diawal perkahwinan dulu. Tapi aku dan en.husband baru setahun lebih, Masih macam pengantin baru gitu...wooooo... :D

1. Berbincang dengan pasangan
Ubah kebiasaan sekiranya kita jarang berbincang dan meluahkan perasaan. Sebagai pasangan suami isteri, kita sepatutnya lebih terbuka untuk kepentingan & kebahagian bersama. Kalau ada rasa tak puas hati, luahkan supaya kita dapat fikirkan jalan penyelesaian. Kita boleh jugak bincang buat jadual harian mencari masa yang sesuai untuk "bersama". Kadang-kadang pasangan suami isteri yang sibuk dengan kerjaya perlukan jadual ni.

2. Goda pasangan
Godalah pasangan kalau pasangan kita terlalu sibuk dengan kerja supaya kita dapat tarik minat dia untuk "bersama". Cubalah pelbagai cara untuk menggoda pasangan kita. Sebelum tidur pastikan kita memperuntukkan masa di antara 10 hingga 15 minit untuk membelai mesra pasangan. Jangan pulak dah baring atas katil, sorang ngadap sana, sorang ngadap sini.

3. Jadualkan satu 'Malam Cinta'
Bunyi memang pelik tapi ianya mungkin membantu memperindahkan lagi perhubungan suami isteri. Dalam seminggu cari satu malam yang boleh dijadikan "malam cinta". Malam Jumaat misalnya. Pada "malam cinta" ni, pastikan hanya kita berdua tanpa riuh rendah suara anak-anak dan tugasan bertimbun. Lupakan semuanya dan fokus pada pasangan.

4. Berbulan madu
Jangan fikir berbulan madu hanya untuk pasangan baru kahwin je. Yang dah lama sepatutnya lebih kerap berbulan madu. Tak payah cari tempat yang mahal dan jauh. Kat rumah pun boleh tapi anak-anak hantarlah kat rumah mak ke, mak mentua ke, atau sapa-sapa yang boleh dipercayai.heee... Bukan lama pun, untuk sementara waktu jerk. Ok, lagi satu sebut je bulan madu pastikan kita berpenampilan macam pengantin baru ye.

Selamat mencuba!! ;)

Sumber : Olahan & idea dari Manis
Sekian.

1 comment:

Unknown said...

thanks 4 da info.berguna satu hari nanti.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...