Sunday, January 15, 2012

Bantuan sara hidup RM500 mula diedarkan


Berita

Di kawasan tempat aku ni. mereka yang layak mendapat bantuan saraan RM500 dah mula pergi ke Dewan Jubli Intan Kota Tinggi untuk mengambil voucher RM500. Tak pastilah betul ke voucher tunai atau tak. Kita tunggu sahaja sebentar lagi.

Pembayarannya mungkin secara berperingkat dan hari ni mungkin juga adalah batch pertama yang mendapat bantuan RM500 ni. Aku tak dapat mengesahkan statement aku ni..kui3.

Apa yang penting, orang ramai sudah mula berkumpul membanjiri Dewan Jubli Intan. Siapakah yang membuat penyerahan ini? Ohhh, kita tunggu sahaja kejap lagi ya.


Imbasan

Baik, sekarang ni mari kita imbas kembali penyataan untuk bantuan saraan RM500 ini...

Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan memberi menafaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah. Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.



ISI RUMAH YANG LAYAK MEMOHON MERUJUK KEPADA:

1-Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

2-Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

3-Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan.

4-Warga emas yang sebatang kara.

5-Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.


Komen 

Ada jugak aku terbaca, bantuan ni sebenarnya nak pancing undi jek. Maklumlah bulan 3 ni nak pilihanraya.
Pada aku soal pancing undi tu tidaklah menjadi satu isu sebabnya, selama ni pun kita memang hidup dibawah naungan BN.

Kemajuan dan keamanan yang kita kecapi sekarang ni pun atas kebijaksanaan orang BN. Dan yang paling penting pada aku, doa umat Islam kat Malaysia ni amat penting supaya negara kita ditadbir oleh orang Islam yang bijaksana. Asalkan Islam masih berdiri teguh sebagai pemimpin di atas, itu adalah suatu perkara yang perlu kita syukuri. Bila dah sebut Islam, tentulah semua kemajuan yang ingin kita capai adalah berlandaskan Islam. Dan Islam juga tidak melarang kemajuan, jadi kemajuan memang perlu untuk sesebuah negara. Kalau masih lagi ditakuk lama, takut nanti ditindas pulak dengan negara-negara maju yang lain.. Ahhh, aku sudah merepek jauh. Ayat pun berbelit-belit..kiranya, syukurilah nikmat yang sudah diberikan oleh Allah ni.

Lagi satu, ada jugak yang sanggup tak ambik bantuan saraan ni sebab takut LHDN dapat detect sape yang tak bayar cukai pendapatan. Jawapan aku mudah jerk, kalau dah bayar zakat kita tak perlu lagi bayar cukai pendapatan kan. Betul tak?

Jadi, bayarlah zakat pendapatan korang. Resit yang ada tu nanti leh tunjukkan je kat LHDN. Tunaikanlah kewajipan anda untuk membayar zakat. Hidup aman, hati pun senang.


Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...