Saturday, January 28, 2012

Dingin Salju Indiana

Assalamualaikum... =)

Entry untuk kesekian kalinya tentang Dingin Lavenda.



Disebabkan aku terlalu suka nak tengok cerita Dingin Lavenda membawa aku ke kedai buku demi untuk mencari sebuah novel adaptasi kepada drama tu..

Ohh..Dingin Salju Indiana!!!


Setelah seharian membaca novel setebal 362 muka surat, dapat aku simpulkan bahawa novel ni merupakan sebuah novel yang sangat mantap dan terbaik dari segi pengolahan cerita tentang sejarah Islam dan perpecahan golongan anutan dalam agama kristian. Kenapa perpecahan itu berlaku sehingga membawa kepada kekeliruan oleh penganutnya dan akhirnya mengakui Islam adalah agama yang benar.

Yang paling menarik pada aku, bagaimana cara kita sebagai umat Islam mahu menjawab persoalan tentang Islam kepada orang bukan Islam. Bagi aku yang masih lagi cetek ilmu agama ni, memang sukar nak menjawab persoalan yang terlalu sensitif macam ni. Takut kalau tersilap langkah mungkin non-Muslim akan berfikiran negatif pada agama Islam.

Selain tu, novel ni menitikberatkan soal kasih sayang yang ikhlas antara 3 sahabat ni dan hubungan masyarakat yang akrab dalam kalangan masyarakat Melayu di Amerika. Bagaimana seorang gadis yang telah dididik dengan agama yang cukup boleh terpesong dari akidah sehingga akhir hayatnya. Subhanallah!
Bila aku baca novel ni, aku yakin cerita ni memang pernah berlaku dalam kalangan pelajar Malaysia yang sambung belajar di luar negara.

Sebagai watak utama dalam cerita ni, Jannah walaupun dia sering beri nasihat pada sahabatnya tapi kadang-kadang dia sendiri putus asa. Lumrah manusia memang tak lari dari buat kesilapan tapi pada aku watak Jannah ni begitu terkesan dalam hati. Cewahh!!!
Terasa-rasa macam aku yang memegang watak Jannah (heroin dalam drama ni). huhu.
Cuma sayang, bila aku tengok drama seolah-olah watak dalam novel tu tidak benar-benar berlaku dalam drama. Mungkin sebab banyak pengubahan. Tapi oklah sebab cerita ni banyak sentuh tentang Islam. =)



Sekian.

3 comments:

Hanys Najib said...

La..cite ni pon adaptasi dr novel ke..
Suka watak jannah..solehah sggh! :-)

Razif Redz said...

ops.... blm pernah tengok cerita ni

manis said...

hanys : aah adaptasi jugak..hehe

razif : tengoklah, bestlah untuk org yg suke jalan cite cmni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...