Monday, January 23, 2012

Duduk serumah tapi macam...???



Sepatutnya...

Duduk serumah sepatutnya saling hormat-menghormati, tegur-menegur, nasihat-menasihati, makan berjemaah, solat berjemaah, senang kata semua perkara yang dilakukan tidak terlepas dari pengetahuan ahli keluarga..barulah harmoni rumahtangga, bahagia selamanya.


Janganlah begini...

Buat hal masing-masing. Sorang kat sini, sorang kat sana. Kalau makan pun, yang ni dah makan dulu. Yang ni masih tercongok depan pc. Bila yang ni solat, yang tu masih syok mengadap drama tv. Bila lalu di depan, lalu sebelah menyebelah langsung tak menyapa. Yang ni tengok tv kat dapur, yang tu tengok tv channel yang sama kat dalam bilik. Senang cakap sombonglah! Tak mahu bercampur langsung..

Lagi-lagi kalau ahli keluarga baru, konon tak biasalah nak duduk berborak, malu nak makan ramai-ramai. Tak pernah lagi jadi imam masa solat. Semua tu alasan!
Berusaha dan belajarlah untuk memenangi hati ahli keluarga yang lain, barulah suasana dalam rumah ceria. Cubalah perbaiki diri!



Sekian.

1 comment:

Julia said...

betol tp kalu cam sy,sy memg sombong..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...