Monday, January 23, 2012

Siapa boleh pertikaikan tenaga semut...



Mukadimah

Semut walaupun kecil tapi punya kekuatan sebesar gajah...haa betul ke???
Ohh itu perumpamaan yang aku letak sendiri. Mari kita lihat apa relevannya.

Walaupun ada ketika kita menyampah dengan semut tapi semut banyak beri pengajaran kepada kita. Mana taknya, makanan kat dalam tudung saji habis kena hurung ngan semut. Geram jerkk!

Tu baru makanan dalam tudung saji, belum lagi makanan-makanan lain pastu barang-barang kat dalam rumah yang kadang-kadang jadi rumah semut pulak..harunya!!!


Pengajaran

Bukan aku nak suruh bela semut tapi mari kita ambil pengajaran dari semut.

1. Rajin. Siang malam kerjanya mencari makanan dan tak pernah berhenti. Semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang lama walaupun usianya tidak lama.

2. Tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka. Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain.

3. Memahami dan bekerjasama. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.




 Gelinya tengok semut beratur macam ni kan? 

Gambar kat atas ni sebenarnya ialah Ghost Ant ataupun semut hantu.. Boleh bertukar warna mengikut makanan yang dimakan. hehhhh...



Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...