Wednesday, March 28, 2012

Tips Kenali Suami Melalui Reaksi

Walaupun dah kahwin bertahun lamanya, ada jugak para isteri yang masih kurang faham sikap suami. Betul tak?
Masa bercinta, semua seronok.
Awal perkahwinan masih lagi rasa bunga-bunga bahagia. Excited lagi pasal baru dapat hidup bersama.
Bila dah lama-lama kahwin timbul pulak macam-macam masalah. Kadang-kadang perkara kecik pun boleh jadi isu.

Ecehhh macamlah aku ni dah banyak pengalaman.hehe.



Jadi, salah satu cara untuk selesaikan masalah, tips kat bawah ni mungkin boleh membantu. Baca ya!

1. Mengirim SMS tanda perhatian
Kalau suami bagi SMS tak kira kat mana pun kita & dia berada, tu tandanya dia beri perhatian pada orang yang dia sayang. Walaupun SMS tu tanya "buat apa?". Jangan pulak kita rasa soalan bodoh apa ni, waktu keje dah tentulah keje kan? ehhh tu contoh jek. Kesimpulannya, jangan diabaikan SMS tu. Hargai ok!

2. Menelefon tanda rindu
Yang ni lah saat paling best. Katakan suami outstation, dia call kita sebab dia rindu & nak dengar suara. Terharu okeh! Jangan tak layan. Patutnya kita rasa bangga. Bohonglah kalau korang tak rindu kat laki sendiri kan. Kalau tak rindu, itu petanda bahaya. Jangan dibuat main.

3. Berdiam diri tanda bosan, letih & jelak
Kadangkala ada lelaki yang lebih suka berdiam dari bertekak. Kita pulak jangan naik angin sebab suami tak layan kemarahan kita. Cari waktu yang sesuai supaya boleh berbincang dengan elok.

4. Memegang & membelai tanda bersalah
Ada jugak lelaki tiba-tiba mencium, membelai isteri sebab rasa bersalah atas suatu perkara. Sebagai isteri jangan terus melenting, seboleh-bolehnya berikan kemaafan.

5. Bersandar ke bahu tanda ingin bermanja
Memang sweeeeet la situasi macam ni. Tak kira lelaki atau perempuan, pasti suka dimanja. Jadi sebagai isteri, manjakanlah suami. Kalau suami nak yang lebih istimewa, berikanlah dengan penuh kasih sayang.

6. Menangis tanda mencintai
Beruntung kalau kita dapat suami yang pernah menangis kerana kita. Sebab itu tandanya dia betul-betul mencintai kita.

7. Melanggar peraturan tanda protes
Mungkin ni perkara biasa. Contoh, kita tak suka suami letak baju bersepah-sepah dalam bilik sebaliknya suka suami terus letak kat bakul baju kotor. Tapi kalau suami tak ikut peraturan, itu tandanya dia protes. Jangan terus marah. Ambil je baju tu letakkan dalam bakul. Lama-lama hilang protes dia, dia takkan buat lagi. ;)

8. Menatap ke dalam mata tanda bingung
Perempuan memang suka membebel tapi kalau nak membebel fikir dulu..hehe..ehh boleh ke? Mungkin disebabkan bebelan kita yang terlampau tu menyebabkan suami kita bingung dengan diri dia sendiri. Dia akan berfikir seteruk itukah dirinya. Cuba jadi isteri terbaik, jangan sampai menggores hati suami.

9. Menjauhkan diri tanda benci
Suatu waktu berkemungkinan suami akan menjauhkan diri dari kita sebab dia sendiri dah tak tahan dengan situasi masalah rumahtangga yang dihadapi & perasaan benci dah menular dalam diri dia. Cari masa terbaik untuk berbincang atau jumpa kaunseling bagi merawat krisis rumahtangga.

Wallahualam.

Sekian

2 comments:

Kamsiah said...

alhamdulillah....th ni masuk 21 th kawen...

manis said...

Kamsiah : Alhamdulillah, tahniah kak. saya baru nak masuk 2 tahun..hehe..masih byk yg perlu sy belajar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...