Ada yang kata karaoke ni boleh melepaskan tekanan, ada jugak yang menjadikan aktiviti berkaraoke ni sebagai hobi dan bermacam-macam lagi alasan yang boleh diberi.
Zaman sekarang, boleh dikatakan setiap kenduri kawin semuanya ada karaoke. Apa fungsi karaoke sebenarnya? Nak menghiburkan tetamu yang hadir? atau nak menunjukkan kemampuan keluarga pengantin malah pengantinnya sendiri? Kalau takde karaoke tak lengkap ke majlis tu?
Bukan sahaja anak-anak malah mak ayah pun menggalakkan apa sahaja perkara yang boleh dilakukan dalam majlis itu. Secara tak langsung itu menunjukkan seseorang itu ingin menghebahkan kepada orang lain akan kehebatannya. Maklumlah hantaran tinggi, kenalah ada semua tu. ye tak???
Kalau majlis tu takde apa-apa, mulalah nak mengata...ala kenduri dia tu bukan ada apa-apa, tak banyak sangat guna duit. Agaknya hantaran tak tinggilah tu. Subhanallah!!! hanya orang yang jahil agama sahaja yang cakap macam ni.
Mana perginya iman dan aqidah umat Islam?? Sebenarnya apa yang menjadi kemestian dalam keberadaban orang Melayu sekarang ni dah banyak menyimpang dari landasan Islam. Apa yang diharuskan dan apa yang diharamkan takda sapa peduli. Takda sapa yang nak berfikir boleh ke buat macam ni, boleh ke buat macam tu??? Semuanya buat ikut hati dan terikut-ikut dengan orang lain.
Lepas tu, bila alim ulama kata tak boleh buat begini, tak boleh buat begitu, mulalah nak kata "Semuanya tak boleh!!!"....
Wallahualam.
Sekian.