Monday, January 16, 2012

Merealisasikan azam tahun 2012, mampukah???


Mukadimah

Bercerita tentang azam ni, aku percaya semua orang ada azam dan tak terkecuali jugak yang buat azam semata-mata mengikut orang lain. Maksudnya orang lain ada azam, dia pun nak ada azam padahal satu usaha pun dia tak buat..huhu.

Pernah jugak berlaku kat aku, terutama masa masih bergelar pelajar. Beria-ia je nak buat itu ini tapi usaha apa pun tak..masalah utama yang membelenggu apa lagi kalau lain tak bukan penyakit "M". tak payah dijelaskan panjang lebar sebab penyakit "M" ni semua orang dah paham.

So, walaupun hari ni dah hari ke-16 tahun 2012 tapi tak salah kalau kita bercerita tentang azam. betul tak? sebab since kita dah buat azam, kita kena sentiasa ungkit balik apa yang kita dah azamkan. Jadi sedikit sebanyak akan beri kita semangat balik dan kita akan sentiasa ingat azam kita tu.

Satu peringatan buat diri aku jugak, aku dapat ayat ni masa zaman sekolah dolu-dolu. Tiap-tiap hari Guru Penolong Kanan tu akan cakap "Perbetulkan niat kita".

Apa maksudnya? Yela, kalaulah kita nak buat sesuatu, kita kena kaji balik apa tujuan ataupun niat kita. Kalau niat kita baik, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Kalau sebaliknya, fikirlah sendiri.


Aku

Bercerita tentang aku pulak, azam aku tahun ni memang banyak..siap tulis dalam buku lagi. Biasalah kan, bab menyenaraikan memang no.1 tapi bab nak melunaskan tu, aishhhhh berjanggut pun belum tentu settle.huhu

Azam 1
Tapi tahun ni aku betul-betul nak usaha gila-gila walaupun mula-mula patah jugak semangat pasal dialog kat bawah ni

My hubby : "asyiklah nak pasang azam, buatnya tak jugak. Bertahun dah dengar" ...
Aku : "ala ni yang malas ni, patah semangat"
My Hubby : "baru cakap gitu dah patah semangat. Kalau nak kurus, kenalah konsisten. Dari berkawan, bercinta sampai dah kawin. Asyik cakap nak diet, nak diet, nak diet..buatnya tak jugak" (cakap sambil tak pandang muka aku)
Aku : "Yela, kali ni nak diet betul-betul" (nada sedih)
My Hubby : (terus tak layan)
kahkahkahkah...menyampah tau!!!


Haa..dapat agak tak apa azam aku. keh3...malas cita, bila jadi surirumah ni, mak aihhh makin tombam badan den..kah3.

Ok, sambung balik. Salah satu sebab aku nak gila-gila diet pasal aku nak sangat baby. Bulan ni dah masuk 1 tahun 6 bulan aku kawin. Kawan-kawan yang lain semua dah gendong anak..tapi aku??? sedeyy.... =(
Katanya berat badan berlebihan menjadi punca. Orang kata aku tak gemok tapi BMI aku mengatakan aku memang GEMUKSSSS!!! aishhhhhh.....


Azam 2
Ok, ok stop pasal diet. Nak cita pasal azam aku yang lain. Yang ni memang hari-hari aku buat. Azam aku tahun ni nak penuhkan setiap akaun bank yang aku target dengan RM??k. Mana yang dah penuh tu, tak payah sentuh lagi..cehh ada ka! Maklumlah kalau boleh semua bank yang ada kat dunia ni, aku nak ada akaun satu.keh3

Ayat selepas ni, bukan nak riak tau tapi nak menyuntik semangat aku jugak ni. Dan kalau korang nak suntik diri korang sendiri, suntiklah ye.

So sekarang ni yang aku nak story kat korang, walaupun sekarang ni baru bulan Januari tapi akaun ASB, aku dapat target tak sampai pertengahan tahun dah capai RM??k. Woww bestnya!!! Maklumlah aku tak pernah keje tetap sejak habis study, jadi susah le nak simpan duit banyak2 kan.kekeke...

Satu lagi akaun bank aku bersama encik hubby juga dah hampir RM??k. Jadi kami akan fokuskan untuk 2 akaun yang hampir penuh ni dulu dan satu akaun saham, pastu baru penuhkan beberapa lagi akaun lain termasuklah Tabung Haji. Aku target bulan Disember 2012 ni semuanya akan penuh dengan RM??k. Tak sabarnya...tercapai atau tak??hanya Tuhan yang tahu

Nak tau camne cara aku menyimpan dengan pendapatan encik hubby yang taklah besar pun dan pendapatan sampingan aku yang ciput-ciput je ni??? InsyaAllah, entry akan datang aku cerita camne nak saving gila babeng ni...kekekeke.

Ok, 2 azam ni je yang aku fokuskan dulu. Beberapa azam lain semuanya perlukan duit, jadi keutamaan diberikan kepada penyimpanan dahulu.hehehe...

 

ok ciao dulu..
Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...