Wednesday, February 1, 2012

Menu Pagi : Karipap Telur

Ni menu sarapan pagi tadi.
Memandangkan ayahanda nak bawak kuih untuk meeting hari ni, jadi bonda pun menyiapkan karipap telur untuk ayahanda bawak ke opisnya. =D

Bukan aku yang buat tapi bonda..huhu..aku tukang makan jerk. Yang menarik tentang karipap ni sebenarnya tang saiznya yang besar gedabak.

Terlupa pulak nak letak sesuatu untuk menunjukkan kebesaran karipap ni. Kiranya karipap gergasi kampunglah. Makan sebijik kompem terus kenyang.


Ni baki setelah dibungkus oleh ayahanda dan aku telan sebiji. Takleh tambah lagi dah. Kenyang! Tengok macam sikit kan? kalau karipap kecik memang sah-sah tak cukup.



Untuk buat dohnya (kulit karipap) sama macam karipap biasa cumanya yang menyenangkan karipap ni sebab guna telur jerk. Tak payah susah-susah nak masak inti kentang, sardin or keledek.


Bahan-bahan untuk inti karipap :
Telur beberapa biji
Garam
Serbuk perasa ayam / apa-apa jerk (aku selalu guna knorr)
Cili / Lada
Bawang besar
Lada sulah


Cara-cara : 
1. Doh tepung yang dah dilenyek leper diletakkan di atas sebiji piring yang agak-agak muat untuk saiz tepung. Biar doh tu terbuka bulat. Terpulang nak buat kecik atau besar.
2. Letakkan telur yang telah dikacau beberapa sudu. Agak-agak muat kat tepung tu sebelum dikelim. Kelim di atas piring itu sahaja ya! jangan diangkat macam nak kelim karipap biasa tu mau tumpah telur tu. =D
3. Lepas dah kelim boleh terus goreng.


Masa sekolah dulu, selalu jugak bawak karipap ni ke sekolah. Kawan-kawan semua tanya, besarnya karipap. Sorang makan separuh jerk dah cukup masa tu.

Aku tak pernah jumpa lagi karipap besar yang bonda aku buat sehinggalah aku jumpa karipap besar macam ni kat Melaka. Tapi inti tak ingat inti apa, mungkin telur jugak kut. huhuhu...
Mungkin korang pernah jumpa la kut atau mak korang pun penah buat. =D


Selamat Mencuba!
Sekian.

3 comments:

josrevalution said...

tghri ni pun lapaq bila lihat entry ni..huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya karipap..nyum2..

manis said...

josrevalution : klu lapaq pi makan =D

nuyui : karipap jd sedap klu intinya sedap.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...