Friday, February 10, 2012

Menu : Tempe goreng, sambal kicap & sotong tumis kunyit

Sajian tengahari... =D
Jom layan picta..


Yang ni sotong tumis kunyit..ntah apa-apa nama.

Bahan-bahan dia simple jerk :
Bawang putih, bawang besar, halia, serbuk kunyit, cili, lada, serbuk perasa, garam & sotong.

Cara-cara :
Tumis jer halia, bawang besar & bawang putih tu dulu. Kemudian bila dah naik bau, masukkan lada & cili, biar seketika & masukkan sotong. Lepas tu letaklah serbuk kunyit, garam & serbuk perasa. Hahh serbuk kunyit patut letak awal-awal, takper belasah jerk. =P



Tempe goreng...yeaa sedap sangat tau!!

Bahan-bahan : 
Tempe, tepung goreng ayam segera, jintan & garam.

Cara-cara :
Kalau tepung tu jenis dah masin tak payah letak garam. Gaul je semua tu kendian goreng terus.



Haaa...ni kawan tempe goreng...kalau orang johor, memang selalunya makan yang goreng-goreng dengan sambal kicap. Contohnya makan pisang goreng, keladi goreng & seangkatannya. Kalau takde pun takper sebenarnya tapi dah jadi kebiasaan.

Sambal ni tahan lama tapi kena simpan dalam peti sejuk. Sebelum tu semuanya kena goreng, baru tak sakit perot plus tahan lama.

Bahan-bahan :
Bawang besar, bawang putih, cili, gula pasir, kicap

Cara-cara :
1. Goreng semua bawang besar, bawang putih & cili
2. Kalau korang rajin tumbuklah bawang & cili tu. Aku ni tersangat rajin jadi aku blender jerk.
3. Kalau nak blender, masukkan semua sekali. Gula pasir & kicap letak banyak-banyak pun takpe. Jadi sambalnya nanti banyak tapi janganlah sampai banjir pulak.
4. Sedia untuk dihidang...


Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...