Friday, January 6, 2012

Sesiapa pun boleh buat!!!

Tersebutlah sebuah kisah ketika aku menjadi guru pendidikan khas di SMK Bandar Easter. Apa yang telah kucurahkan kepada pelajar, diharap dapat digunakan sebaik-baiknya. Begitu jugak dengan guru-guru pendidikan khas yang lain. Ehhh apa mukadimah pun dah cenggini. Boring sehh!!!

Bukannya apa, saja nak melepaskan rindu pada ex-student aku. Rindu giler!!! Nak-nak dah naik sekolah ni kan. Jadi sepanjang aku di sekolah tu, sekolah tempat husband aku mengajar jugak sebenarnya. Aku telah memperturunkan ilmu yang tak seberapa. Padahal bidan terjun je tu.kekeke...jom le tengok gambar kat bawah ni baru le korang tau aku ajar apa kat bebudak khas ni.

Selain mengajar subjek tertentu, aku jugak perlu mengajar menjahit membawa subjek keusahawanan sekali. Jadi keychain kat bawah ni untuk di jual nanti.

 yang ni cubaan pertama aku. Buruk bebenor tapi oklah kan, bidan terjun punya kerja. Ni buat contoh je biar budak-budak tengok menatang apa yang aku nak ajar. keh3



 Berbekalkan ilmu yang tak seberapa, inilah hasil jahita para pelajar pendidikan khas. Ni je yang tercantik aku pilih, yang lain hampeh..kah3... Kebanyakkan yang ada kat atas ni cubaan pertama diorang, not bad lah pasal pada aku cukup cantik hasil dari jahitan pelajar OKU.


 Kebetulan 3 orang ni je yang masuk dalam gambar, yang lain ntah mana pergi. Muhammad Adib yang tengah duduk tak nampak muka ni adalah pelajar autism. Dia pun boleh jahit tau tapi kena bantulah, kadang-kadang dia terlupa camne nak jahit.
Yang kat dalam botol tu, dah siap potong tinggal nak jahit je tapi sampai cuti sekolah akhir tahun yang lepas pun tak siap-siap gak jahit.


Rindunyaa time ni...semoga anda dapat menjalani hidup yang lebih baik bila dah tamat sekolah nanti ye sayang-sayangku.


Kesimpulannya, semua orang boleh buat!!! Buat apa???
Tak kiralah benda tu susah macam-mana pun, jika ada usaha kita pasti boleh lakukan.

Bila dah berhadapan dengan pelajar OKU ni rasa ter 'muhasabah' diri sendiri. Diorang yang kurang upaya ni pun boleh menjahit keychain yang pada aku susah jugak kalau tak betul-betul. Yang pasti setiap kerja diorang, kita kena beri pujian jadi diorang akan bertambah-tambah semangat nak buat. 

Sekian segmen rindu dari manis. =P


3 comments:

::CIK LYNN:: said...

haah la...motivated jap bca entry akak ni...=)

sy pnah wat prktikal kt tmpat knak2 autistik...mmg kna byk sabar nk ajar diorg...=)

.nora. said...

boleh berniaga nie. :)

manis said...

cik lynn : betul tu..mmg nk kene byk sabar...kdg2 rasa nk marah pun ada tapi kene pikir balik, kita mengajar budak istimewa. =)

nora : budak2 ni buat keychain tu mmg untuk jualan. hehe..sambil2 belajar jahit boleh jual sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...