Saturday, February 25, 2012

Tip menjadi pasangan lebih baik


Untuk suami isteri sahaja =D

1. Beriman
Dengan adanya pasangan iman kuat, pastinya hubungan cinta keduanya akan mencapai titik maksimum. Harus diingat, bukan seorang sahaja yang perlu menjaga keimanan tetapi kedua-duanya sekali. Jika salah seorang tersasar, yang seorang lagi akan memberi nasihat dan saling mengingati.

2. Jangan ungkit & kenang masa lalu
Berfikirlah secara positif kerana jika anda mengungkit ia mungkin membawa makna bahawa anda sebenarnya tidak sepadan dengan pasangan dan tidak layak bersamanya. Sedangkan keserasian penting dan yakinlah walaupun anda berdua tidak punya banyak persamaan, tidak semestinya anda berdua tidak bahagia. Cubalah belajar dan fahami ketidaksamaan itu.

3. Jangan buat sesuatu kerana ingin membahagiakan pasangan
Anda perlu jujur dalam perhubungan. Jangan disebabkan mahu membahagiakan pasangan, anda sanggup lakukan sesuatu yang memang tidak anda sukai. Perkara ini hanya akan merugikan anda jika sidia tidak menghargai. Berterus-terang itu lebih baik. Dalam soal keikhlasan, jika anda tidak senang bukan bermakna anda tidak ikhlas.

4. Jangan pandang rendah pasangan
Terutamanya bagi yang berjawatan besar dan gaji tinggi. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Tuhan. Masing-masing mempunyai keupayaan tersendiri dan apabila anda sering merendahkan pasangan dengan menyalahkan apa sahaja yang dilakukan, bagaimana anda berharap dia boleh berbuat sesuatu yang benar.

5. Usahakan untuk selalu berada di sisinya
Pasangan anda merupakan teman untuk seumur hidup. Justeru ke mana sahaja dia berada anda sentiasa perlu ada di sampingnya tidak kira dalam situasi suka ataupun duka. Jadilah pasangan yang baik dan dia akan tahu anda sentiasa menyokongnya dalam apa jua situasi. Kalau boleh luangkan masa bersamanya dengan pergi bercuti dan habiskan waktu berharga itu dengan yang tersayang.

6. Hormati pasangan
Walaupun pangkat anda tinggi di pejabat, tetapi di rumah andalah isteri/suami kepadanya. Janganlah terlalu menghormati temah lebih daripada suami sendiri. Ingat jangan terlalu kasar dan bersikap acuh tak acuh hingga menyebabkan dirinya merasa tidak dihargai. Walaupun umumnya lelaki bersikap kasar, namun sebenarnya hati mereka lebih lembut daripada hati wanita kalau kena pada cara dan situasinya.

Sumber : Majalah SDK **woww rajin menaip =P

Wallahualam.

Sekian.

5 comments:

poohrist said...

tip yang berguna & sangat penting.

Puan Besar Shag Yahaya said...

Setuju sangat dengan tips kat atas. Kalau ada masalah kena ada perbincangan yang matang - tiada tengking atau ungkit ;)

AQ Eyfa said...

Tips & info sgt berguna

Khairiyah said...

info brguna :)

manis said...

poohrist, puan besar shag yahya, chenta eyfa najibrz & kyra : thnx, semoga bermanfaat untuk kita semua. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...