Tuesday, March 27, 2012

Talian 24434 Wajib Diketahui Rahsianya


Korang pernah cuba dail talian 24434?
Kalau tak pernah, memang dosa besar. =D

Bayangkan kalau nombor yang kita dail ni tidak boleh dihubungi.
Disaat kita dalam kesusahan, tiba-tiba teringat pulak yang kita harus mendail talian ni tapi malangnya taliannya tidak dapat disambungkan. Apa agaknya reaksi kita?
Tapi kenapa dalam kesusahan je baru nak dail talian ni??? Ohh sungguh pelik makhluk ini kerana apabila senang dia melupakan terus empunya talian 24434 ini.

Secara realitinya, talian 24434 ini memang tidak akan pernah terputus sejak kita belum dilahirkan sampai bila-bila. Hanya kita sebagai manusia yang jahil sahaja memutuskan talian 24434 ini.

Bagi yang tidak tau apa itu talian 24434, mari kita semak rahsia disebalik talian ini.

2 - Solat Subuh 2 Rakaat

4 - Solat Zohor 4 Rakaat

4 - Solat Asar 4 Rakaat

3 - Solat Maghrib 3 Rakaat

4 - Solat Isyak 4 Rakaat

Solat 5 kali sehari, mudah bukan??
Allah sentiasa menanti deringan telefon dari hamba-Nya.
Sebelum talian ini diputuskan untuk kita semua, marilah kita sama-sama muhasabah & menginsafi kejadian diri. Perbaiki segalanya sebelum terlambat.
Ternyata solat 5 waktu memberikan banyak manfaat & meninggalkannya memberikan kita seribu satu kekesalan.

Sekian.

3 comments:

Anonymous said...

nak share kat facebook. :) boleh?

Justin Bieber said...

style :)

manis said...

nora : silakan :)

Justin Bieber : tq =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...