Tuesday, June 12, 2012

Sampul Raya...Perlu Ke Custom Made???

Dalam masa lebih kurang sebulan lagi dah masuk bulan Ramadhan. Mudah-mudahan panjang umur, dapat lagi jumpa bulan Ramadhan.

Bila sebut bulan puasa, mesti dah fikir raya. Baju raya, kuih raya, langsir raya, perabot raya senang cakap persiapan raya dah difikirkan sedangkan bulan puasa pun belum masuk lagi. huhu...

Dan satu lagi sampul raya. Kebanyakkan orang sekarang dah custommade sampul raya sendiri. Memang tertarik tengok, rasa puas hati sebab pakai sampul custommade diri kita sendiri atau dengan family.

Tapi, persoalannya perlu ke custommade sampul raya?


Tahun lepas, dekat-dekat nak raya aku terjumpa dengan satu web printing. Dia tawarkan harga agak berpatutan. Rasa nak je order tapi dah tak sempat sebab order sudah ditutup. Tahun ni pulak, dah jumpa web printing yang tawarkan harga agak best jugaklah, minima 300pcs je. Macam biasa bila ikut nafsu rasa nak je aku order memandangkan tarikh order akan tutup beberapa hari lagi.

Tapi bila fikir balik, rasa rugi pulak sebab biasanya kita bagi duit raya pada budak-budak kan. Kadang-kadang tu belum sempat budak tu jalan jauh sikit, dibuangnya sampul kat depan rumah. Kalau dengan sedara-mara pun lebih kurang jugak tapi ni kes budak-budak yang nakal sikitlah kut. Yang baik-baik tu, of koslah bagi kat mak diorang, suruh simpankan.



Memang niat nak sedekah tapi bila jadi macam tu rasa ralat lah pulak.huhuhu...Kalau untuk seorang blogger/peniaga memang penting customade sampul raya sendiri. Sekurang-kurangnya dapat promosi bisnes. Banyak jugak kelebihan customade ni...mari kita senaraikan.

Kelebihan customade sampul raya sendiri :
1. Dapat promosi blog (bagi seorang blogger)
2. Dapat promosi bisnes
3. Memperkenalkan diri kepada orang lain (contoh dengan saudara mara) yang tak berapa kenal =D
4. Tanda penghargaan kepada tetamu cilik
5. Tanda penghargaan kepada pelanggan
6. Boleh berlagak sikit sebab sampul raya aku ada nama aku sendiri, kau ada?? =D
7. Boleh recycle guna untuk salam kaut kenduri kahwin
8. Tambahlah sendiri ye......

Kelemahan customade sampul raya :
1. Membazir kalau dapat kat budak-budak yang tak tau menilai, belum keluar rumah kita dah dibuangnya sampul raya tu
2. Aku nampak perkataan membazir jek....hahahah..yang lain fikir sendirikkkk

Apa-pun terpulang pada selera masing-masing, kalau rasa keluarkan duit setakat RM100- RM500 untuk beli sampul raya customade berbaloi dan ada kemampuan takde pun salahnya. Tapi aku sarankan untuk yang berniaga dan blogger memang patut buat. Yang penting niat nak bersedekah.

Setakat ni keputusan aku, nak customade jugak tapi buat sendiri jek. Itupun kalau rajin, kalau tidak tunggulah yang dapat free kat bank ke, supermarket ke..hahaha..kalau tak cukup jugak beli kat bazar ramadhan yang murah-murah giler tu..kekeke..kedekotttt ko makkk!!!

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...